Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Hadiah hari guru 2022 | topik blogpost Fiza harini. 🤭😂🤣. Alkisahnya, hari Khamis last week merupakan sambutan hari guru dan juga sambutan hari raya di sekolah tempat encik suami mengajar. Kiranya, 2 event dalam 1 hari. 

Memandangkan event tersebut hanya melibatkan para guru dan pelajar sahaja. So, tak perlula Fiza nak ikut. Kan? Tugas Fiza hanya menyediakan pakaian baju raya encik suami dan anak-anak, potluck dan hadiah untuk encik suami. Juadah dan bouquet jugak untuk anak-anak sebagai cenderahati. Jadi, anak-anak Fiza pilih bouquet alat tulis

Apa yang pasti, hadiah tersebut anak-anak beli dari kedai DIY. Pada Fiza la kan, banyak sangat pilihan hadiah sebenarnya. Al-maklumlah, sekarang ni macam-macam kedai ada. IKEA, ECO, DIY, Supersave dan sebagainya. Kat situ kita boleh dapatkan banyak barang dengan harga yang murah untuk dijadikan hadiah. Betul tak?

Tu untuk hadiah anak-anak.

Encik suami pulak rahsia. Tak boleh letak sini. Nanti ada kawan-kawan dia yang baca, terbongkar pulak rahsia dia bagi apa. Haha... Ada ke kawan dia yang nak baca blog Fiza. Perasan lebih kan... 

Apa yang pasti, dorang bertukar-tukar hadiah dengan cara membuat cabutan nombor... Di mana setiap hadiah diletakkan nombor. Kemudian, setiap guru akan buat cabutan. Jadi, AJK bahagian hadiah jela yang tahu pemilik setiap hadiah tersebut. Encik suami kata, ada jugak yang tak bagi hadiah. Sebaliknya bagi duit masuk sampul raya. Fiza syak tu mesti cikgu lelaki yang punya kerja. Last minute kan. Malas nak fikir panjang nak bagi hadiah apa. Senang cerita bagi duit je. Hahaha... Apa susah. Idea paling mudah. Betul tak? 

Lepas habis jamuan, balik rumah kemain Kak Alia dan Kak Ain bercerita tentang aktiviti dorang di sekolah. Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki lebih dorang dapatlah bagi hadiah dengan semua guru... Walaupun ada guru yang tak ajar pun dorang. Sesekali, raikan guru kepada anak-anak apa salahnya. Kan?

So far, untuk tahun 2022 ni. Antara hadiah hari guru yang encik suami dapat adalah kebanyakannya mugs, botol air, alat tulis dan Tupperware.

Awal-awal lagi Ain dan Alia dah ambik mugs sorang satu. Padahal semua tu anak murid ayah dorang yang bagi. Haha...

Contoh

Fiza pulak, terus ambik Tupperware mangkuk tingkat. Cantik sangat. Ni Sah-sahla hadiah hari guru dari cikgu perempuan. Betul tak? Jarangla Kaum Adam nak bagi Tupperware, melainkan hadiah tu isteri dorang yang tolong pilihkan. 

Settle kisah hadiah. Lepas tu nak masukkan kad hari guru dalam setiap hadiah anak-anak pulak, Fiza print sendiri ucapannya.

Contoh Ucapan Hari Guru

Memandangkan benda ni selalu nak kena buat setiap tahun, Fiza kongsikan beberapa contoh kata-kata ucapan hari guru yang sesuai untuk  dituliskan di dalam kad ucapan hari guru anak-anak. Antaranya :-

Wahai guru pengasuh jiwa, Jasamu tidak akan ku lupakan. Terima kasih kerana telah mendidikku. Selamat hari guru kepada semua guru-guruku. Terima kasih cikgu.

Kami Sayang Cikgu, Kau Umpama lilin yang menerangi kegelapan, Semoga usahamu yang murni akan melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Guru, Tanpamu dunia ini gelap gelita, Tanpamu sudah pasti kami tidak tahu membaca, Tanpamu juga kami akan meraba-raba. Selamat Hari guru.

Guru, Dalam ajarnya ada harapan, Dalam tegurnya ada doa, Dalam marahnya ada sayang, Dalam tawanya ada mesra, Dalam diamnya ada kebijaksanaan, Dalam tangannya sahsiah kita terbina. Selamat Hari Guru.

Orang hebat boleh melahirkan beberapa karya bermutu. Akan tetapi, guru bermutu boleh melahirkan ribuan orang hebat.

Selamat Hari Guru. Jasamu dikenang, Budimu dijulang. Kasihmu tak terbilang. 

Selamat Menyambut Hari Guru. Hendak berburu ke luar kota, Seluas Alam Bumi Terbentang, Tanpa Guru Siapalah Kita, Ibarat Malam Tanpa Bintang. 

Terima kasih kerana mengajar saya dengan baik wahai guru. Selamat Hari Guru!

Guru yang dihormati, tanpa bimbingan dan kebijaksanaan anda, saya tidak akan berada di tempat saya sekarang! Terima kasih dan Selamat Hari Guru!

Selamat hari guru kepada semua pendidik yang bergelar Cikgu, Teacher, Ustaz dan Ustazah. Profesor dan sebagainya.

Terima kasih kerana mengajar kami tentang adab dan ilmu sehingga kami menjadi orang yang berguna.

Terima kasih Cikgu! Kegigihanmu dalam mendidik tidak akan kami lupakan.

Selamat Hari Guru, Cikgu. Maafkan segala kesalahan kami sepanjang menjadi anak muridmu. Semoga cikgu terus berkhidmat dan diberkati.

Cikgu, bijak pandai ada berkata, "Orang hebat mampu melakar beberapa karya bermutu. Tetapi, guru yang bermutu mampu melahirkan ribuan orang yang hebat. Selamat Hari Guru. 

 

Selamat hari guru, Cikgu! Terima kasih atas semua jerih payahmu, lelahmu, kesabaranmu, ketabahanmu, dan setiap jengkal kasih sayangmu. Sungguh kami tak bisa balas dengan apapun.

Jasa guru tidak ternilai harganya. Guru ibarat lilin yang menerangi sekitarnya. Terima kasih kami ucapkan kerana mendidik kami dengan sabar.

Untuk semua guru yang mulia;
Jasa kalian akan selalu kami kenang;
Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa.

Alhamdulillah, settle untuk cerita sambutan dan hadiah untuk hari guru bagi tahun 2022 encik suami dan anak-anak.  Terima kasih. Okeh! Bye.

#hariguru
#hadiahhariguru
#ucapanhariguru