Assalamualaikum,
Selamat pagi semua.
Sambil layan episod 33 Jangan Menangis Cinta, sambil tu update blog. Lama betul Fiza tak update blog yea. Sepanjang bulan puasa, sepatutnya ada je masa untuk update blog. Cuma tula, Fiza je tak nak ambik peluang.
Tak pela, yang penting nak update blog pun kena ada mood jugak. Betul tak? Ni mood dah datang, apalagi... Kita layan kan jelah.
Jadi, Post kali ni Fiza saja nak share satu menu berasaskan kangkung. Lagipun, bila check labels resepi di blog Fiza ni. Fiza tak pernah lagi share resepi yang berasaskan kangkung. Padahal selalu je masak. Fiza suka makan kangkung, sebabnya bila makan kangkung lawas pulak 'membuang'. Huhu...
Walaupun resepinya tersangatlah mudah... Tapi, Fiza nak jugak share di sini sebagai tambahan koleksi resepi.
Resepi Kangkung Goreng Belacan Udang Kering
Nak masak kangkung belacan ni mudah sangat sebenarnya. Bahan yang diperlukan pun tak banyak. Antaranya :-
1. Seikat kangkung yang telah dipotong
2. Sedikit udang kering
3. 3 ulas bawang putih
4. 2 ulas bawang merah
5. Sedikit belacan
6. Cili ikut kepedasan masing-masing
7. Minyak untuk menumis
8. Perencah secukup rasa Maggie dan
9. Sedikit air
Cara masak pulak. Pertama, tumbuk kesemua bahan (2) hingga (6) sampai halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau. Bila dah naik bau, masukkan kangkung dan sedikit air. Tak perlu banyak yea airnya. Buat macam tumis kering gitu. Hehe...
Perasakan dengan secukup rasa Maggie dan gaul sampai masak. Lebih kurang 10 minit macam tu, dah boleh dihidangkan. Fiza kalau sayur, bila time nak makan baru masak... Sebab sayur tak lama untuk dimasak. Lagi satu, lebih sedap masak terus makan. Fresh gitu.
Mudah sangat. Kan?
Resepi ni lebih kurang sama dengan resepi kangkung belacan ala Thai. Tapi guna udang segar. Bukan udang kering. Then, ada jugak yang letak sos tiram untuk kelainan rasa. Tak cukup itu, ada jugak yang lansung tak letak udang mahupun belacan macam mak Fiza. Just tumis kering je. Pun sedap. Pendek kata, kangkung adalah antara menu paling simple untuk dimasak.
Pendek kata, bahan lebih kurang sama. Just ubah sikit-sikit je. Next time Fiza letak udang segar pulak. Selain letak udang, kangkung masak kicap letak sotong pun sedap. Korang pernah try? Serius sedap.
Nanti Fiza share cara nak masak kangkung kicap dengan sotong, bila ada kelapangan. Okeh!
Alang-alang dah bercerita tentang kangkung. Nak jugak share tentang kebaikannya.
6 Khasiat Utama Kangkung
Actually, kangkung mempunyai banyak khasiat. Antaranya :-
1. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Kandungan nutrien berkhasiat di dalam kangkung seperti vitamin A, vitamin C dan Beta karotena yang tinggi boleh menghalang pengoksidaan kolesterol dengan berfungsi sebagai antioksida. Ini boleh menghalang penyumbatan arteri-arteri dan menurunkan risiko penyakit jantung. Selain itu, folat di dalam kangkung boleh menurunkan kadar homosistein di dalam darah yang mana dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan serangan jantung atau strok.
2. Melancarkan Proses Penghadaman
Kangkung jugak mempunyai kandungan serat yang tinggi di mana 100-grams kangkung mengandungi 2.1gram serat. Kangkung merupakan serat tidak larut yang bersifat tidak larut dalam air. Ia dapat melembutkan najis serta melancarkan proses pembuangan air besar.
3. Mencegah Penyakit Kencing Manis
Kandungan serat dalam kangkung jugak dapat mengawal paras gula dalam darah secara perlahan supaya gula dalam darah tidak naik secara mendadak.
4. Memelihara Kesihatan Mata
Kangkung mengandungi komponen zeaxanthin dan lutein, iaitu komponen yang memberi warna dalam sayur-sayuran. Komponen ini dapat mengurangkan risiko Degenerasi Makula dan katarak yang merupakan penyebab kebutaan. Ia berfungsi untuk menapis sinaran biru yang menyebabkan kerosakan retina.
5. Menguatkan Tulang
Nutrien seperti kalsium dan magnesium sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi. Setiap 100g kangkung memenuhi 8% keperluan kalsium dan 18% keperluan magnesium dalam sehari. Pengambilan kangkung yang kerap boleh menghalang daripada osteoporosis atau kerapuhan tulang. Kita yang dah meningkatkan usia ni bolehla selalu makan kangkung. Kan?
6. Meningkatkan Sistem Imun Badan
Kandungan vitamin A, vitamin C, vitamin E, magnesium dan zink yang tinggi dalam kangkung jugak dapat membantu melawan jangkitan dan menghasilkan sel-sel yang diperlukan bagi menyokong sistem ketahanan badan.
Tu antara 6 kelebihan yang terdapat dalam sayur kangkung. Semoga ia bermanfaat buat semua. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca yeah. Selamat hari raya semua.
#kangkunggorengbelacan
#resepimasakankampung
6 Comments
Kangkung goreng belacan memang sodappp! Cheq pun suka hihi 😋
ReplyDeleteKan. Sedap sangat. 😋
Deletenang jak.. kmk mun dah gago gilak alu xlah berupdate blog... mun xda mood pun sama juak... hahaha... kmk suka kangkung belacan di tuk tuk... tauk kangkung abis dolok diratah ajak mun makan di sia... er, selamat hari raya fiza
ReplyDeleteYalah ya mem. Alu abis diratah ajak. Seikat nang sik cukup. 🤭
Deletelama juga ammi tak makan kangkung..tapi kangkung belacan memang tak pernah tak sedapkan.
ReplyDeleteselalu org dok kata kangkung "angin"...rupanya ada je kebaikan yang lain. kira kdalau nak makan tu berpada-padalah kan
Ada jugak dengar orang bagitau yang kangkung boleh menyebabkan badan berangin.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.