Assalamualaikum,
Selamat Petang.
Beli kereta, kena semak kemampuan diri dulu? | Sejak pandemik melanda dunia, semua orang mengalami perubahan yang amat drastik. Tak kiralah perubahan tersebut membawa ke arah kebaikan mahupun keburukan. Contohnya kalau dulu, kita tak kisah pun nak bersesak-sesak dalam pengangkutan awam. Betul tak?
Tapi, sekarang ni kita lebih memilih untuk naik Grab ataupun naik kereta sendiri bagi mengelakkan daripada terkena jangkitan. Itu antara lain perubahan yang dialami oleh masyarakat kesan daripada wabak Covid-19. Sudahnya, ramai yang mengambil peluang untuk membeli kereta apabila kerajaan menurunkan harga kereta pada tahun 2021. Ini jelas terbukti apabila terdapatnya peningkatan jualan kereta dalam negara mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Automatif Malaysia (MAA) di mana sebanyak 63,878 unit kenderaan diserahkan kepada pelanggan Mac 2022, meningkat 21,094 unit berbanding 42,787 unit pada Februari. Ini sedikit sebanyak membawa kebaikan kepada industri automatif.
Sumber dari duitkertas.com |
Bercakap pasal beli kereta. Tak semua orang mampu untuk memilikinya. Tetapi, setiap daripada kita pasti berangan untuk memiliki kereta sendiri. Betul tak? Macam Fiza sendiri pun, walaupun hanya sekadar surirumah dan hanya pandai main car games tapi tetap punya cita-cita untuk memiliki kereta sendiri suatu hari nanti. In Shaa Allah, Siapa tahu kan!
Walaubagaimana pun, nak beli kereta bukanlah suatu perkara yang mudah. Tak kiralah nak beli kereta baru ke, kereta terpakai ke, kereta loan kedai ke atau kereta cash sekalipun... Tetap kena pertimbangkan beberapa perkara sebelum mengambil keputusan untuk membeli kereta. Ia amat penting kerana melibatkan pengurusan kewangan dalam tempoh masa yang lama serta komitmen yang tinggi.
Check Status Kewangan Dulu
Beli kereta bukan macam beli baju. Bila minat je dengan design baju tu, terus pergi beli. Pendek kata, Jangan terikut-ikut dengan orang tapi kena pertimbangkan dulu status kewangan kita sendiri samaada mampu atau tidak untuk membeli kereta. Kemudian, nak beli kereta pun banyak proses yang perlu dilalui. Bank akan buat kira-kira berdasarkan pengiraan bayaran bulanan kereta dan jugak gaji bulanan korang setelah ditolak.Bukan itu sahaja, bila dah ada kereta, nak atau tak... Kena jugak fikirkan tentang bajet harian untuk mengisi minyak kereta. Kalau ada sebuah je kereta, takpelah jugak. Bagaimana kalau ada dua tiga buah. Kemudian, jarak tempat kerja jauh ditambah lagi dengan harga minyak yang tak menentu sekarang ni. Semua tu perlu difikirkan jugak sebelum nak beli kereta.
Kira Bajet Beli Kereta Dengan CarPay
Jadi, di sini Fiza sangat tertarik dengan satu website CarPay ni. Walaupun laman webnya hanya fokus kepada rakyat US sahaja, tapi sekurang-kurangnya pengiraan berkaitan pembelian kereta yang ditunjukkan dapat membantu mereka yang nak beli kereta membuat pengiraan secara details seperti interest, tax dan jugak kos minyak yang digunakan setiap hari. Jadi, bolehlah nak susun perbelanjaan tu macam mana.
Menarik bukan?
Apa-apa pun, kena fikir dulu sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta. Kena ukur kemampuan kewangan kita terlebih dahulu dengan mengambil kira pelbagai sudut perbelanjaan seperti rumah, segala macam bil yang nak kena bayar setiap bulan, makanan, tanggungan kalau ada, simpanan dan sebagainya. Kalau rasa mencukupi, berapa banyak kereta yang kita nak pun boleh. Kan?
Pendek kata, kena ukur baju dibadan sendiri. Andai tiada keperluan mendesak untuk membeli kereta, sebaik-baiknya kita elakkanlah... Lagi-lagi sekarang ni, di mana semua harga barang dah naik. Wallahu'alam...
#pengiraangajiuntukbelikereta
#CarPay
#CarGames
2 Comments
katanya harga kereta pun akan naik tak lama lagi
ReplyDeleteTu la, lepas paandemik ni semua barang naik. Kereta pun ada jugak isu akan naik sama. 😔
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.