Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Cara Tampilkan Navigasi 'Older' Dan 'Newer' Pada Blogspot Dengan Mudah | Selama ni, kalau ada yang perasan... Di bawah blog post Fiza takde button untuk older dan newer.

Sebenarnya, Fiza pernah try satu persatu tutorial di google cara untuk tampilkan dua navigasi tersebut. Satu pun tak menjadi. Fiza ingatkan template bermasalah, padahal template dibeli kot. Bila dah tak jumpa solusi, Fiza biarkan jelah.

Tutorial

Entah! Macam mana entah, pagi tadi tangan gatal nak godek layout kat dashboard. Then, bukak bahagian yang bertanda pensil di blog post. Try klik pada bahagian show email post link bagi hijau. Actually, Fiza lansung tak terfikir pun pasal ni. Apa yang Fiza tahu... Edit HTML dengan menambah coding {clear:both}, dah boleh selesaikan bahagian yang tak display... Sebab kalau ikutkan, coding untuk tampilkan fungsi older dan newer di template blog Fiza dah sedia ada dah, cuma tak muncul.

Blogging
Jadi, bila Fiza try...

Eh! Terpapar pulak fungsi newer dan older di bawah blog post tu. Alhamdulillah, selesai jugak masalah Fiza. 🤭

Apakah Kepentingan Navigasi 'Older' Dan 'Newer' Pada Blogspot?

Pada Fiza, benda ni penting tau untuk naikkan pageviews blog sekiranya kita tak nak letak widget blog archives... Sebab, melalui button tersebut jugaklah... Para pengunjung boleh baca post terbaru dan sebelumnya di blog kita.  

Bukan tu je, blog pun kelihatan lebih user friendly. Kiranya banyak pilihan navigasi untuk para pembaca pilih post yang mereka nak baca.

That it's, simple tutorial untuk tampilkan function pada older dan newer blog post.

Semoga bermanfaat buat semua.