Assalamualaikum,
Selamat Malam.
Matahari Tak Bercahaya | Telefilem yang bakal menghiasi slot cerekarama TV3, pada 11 Jun nanti.
Ia merupakan sebuah drama yang diinspirasikan dari kisah benar seorang penyakit HIV, Lakonan Nad Zainal dan Fattah Amin. Berikut info ringkas mengenai telefilem ini.
Sumber dari IG fatahaminz |
Waktu Siaran : Sabtu, 11 Jun 2022, 10:00 malam
Rangkaian : Cerekarama TV3
Cerita Asal : Mira Mustafa
Skrip : Maizura Ederis & Marr Mohamad
Pengarah : Uchee Fukada
Produksi : Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon : Nad Zainal, Fattah Amin, Noorkhiriah, Lydiawati, Hafreez Adam, Esma Daniel, Aidit Noh, Mimi Ernida dan Irfan Zaini
Sinopsis Matahari Tak Bercahaya
Telefilem ini mengisahkan tentang Mastura, seorang ibu muda yang mana kehidupannya telah berubah sepenuhnya apabila dia didapati HIV positif.
Nasib malangnya tidak berakhir apabila anaknya yang disusukan juga dijangkiti. Mastura dan suaminya Shahzan cuba untuk menyembunyikan hal ini daripada jiran tetangga di kampung, namun ia terbongkar dan mencetuskan ketakutan serta kebencian dalam kalangan penduduk kampung terhadap mereka.
Salah faham dan kekeliruan menyebabkan mereka diasingkan serta dihalau keluar oleh orang kampung. Sampai bilakah Mastura dan keluarganya harus menanggung derita ini?
Nantikan waktu siarannya pada Sabtu nanti, 11 Jun 2022, 10:00 malam dan semestinya di TV3.
Macam menarik kan jalan ceritanya?
#cerekaramatv3
#mataharitakbercahaya
3 Comments
mcmne nk tonton balik kisah drama nie...
ReplyDeleteBoleh search di Facebook dengan kata carian 'Matahari Tak Bercahaya Full Movie TV3'... In Shaa Allah boleh tengok full kisahnya.
Deletehttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02uoW5m41KiudsEKihWKffnRWCxarLZaecp1MQ8ePSGDYwsFq7vhRDTYRgBRYBFq9Nl&id=100021885034691
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.