Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Dutch Lady Signature Chocolate Hazelnut | Atau dalam Bahasa Melayunya, susu Dutch Lady berperisa coklat dan kacang hazel.

Kisah semalam, masa balik dari sekolah encik suami singgah di Shell untuk isi minyak kereta. Tiba-tiba, Nur Ain ajak singgah beli air la pulak katanya. Jadi, mereka singgahla di kedai keluarga yang tak jauh dari Shell tu jugak.

Balik tu encik suami belikan Fiza air susu Dutch Lady perisa baharu. Kali ni perisa campuran coklat dan kacang hazel. Setin yang bersaiz 240ml dijual dengan harga RM2.60

Lepas tu Fiza try check harganya di Shopee, kebanyakannya dijual dalam bentuk satu pack ada 4 tin dan ianya dijual dengan harga 8.90. Bermaksud, setin beharga RM2.25. 


Tak jauh sangat pun beza harganya. Kan? Faktor jarak menjadi penyebab kenapa harga di tempat Fiza agak mahal. Tak pelah, sesekali merasa tak jadi masalah. Betul tak?

Produk terbaru dutch Lady

Sedap Tak? Reviews Berdasarkan Pengalaman Peribadi

Dari segi packaging, Fiza takde masalah. Apa yang penting isinya. Sedap ke tak? Harga pun so far, ok je. Standard la harga sekitar ±RM3.00, Kan! Jangan pulak start bulan Julai nanti semua naik sampaikan harga setin air pun mencecah ±RM4.00. Tu memang Fiza boikot terus tak beli dah. 🤭

Last sekali paling penting... Dari segi rasa pulak, so far just nice. Rasa kacang hazel dia tak kuat sangat. Sesedap rasa gitu. Ok lah, boleh diterima anak tekak. Alhamdulillah, Fiza boleh habiskan setin. Ternyata tidak mengecewakan.

Pada Fiza, sedap bila ianya diminum dalam keadaan sejuk berais. Selalunya kalau minuman yang ada susu ni, Fiza lebih prefer minum sejuk. Kalau tak sejuk, Fiza sejenis yang cepat muak. So, overall Fiza suka akan rasa susu Dutch Lady coklat hazelnut ni.

Tapi, minuman bertin ni tak boleh minum selalu. Sekali sekali tu bolehla. So far, setakat ni encik suami beli bila ada produk terbaru je. Al-maklumlah, dia tahu Fiza suka buat reviews produk makanan di blog. Jadi tak salahla dia sokong minat Fiza. Hehe...

Korang dah try minuman ni?

#DutchLady
#ChocholateHazelnut