Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Drama Jodohku Babysitter Astro Ria 104 Slot Megadrama | Drama terbaru adaptasi novel Jodohku Babysitter karya Nureen Ahmad, bakal ditayangkan di Astro Ria 104 dalam slot Megadrama bagi menggantikan setelah terlafaznya akad 2.

Megadrama ini akan menampilkan lakonan Alif Aziz dan Intan Najuwa sebagai watak utama. Berikut info ringkas mengenai drama ini :-


Megadrama Astro Ria 104
Kredit foto dari IG Bambam_Studios

Jodohku Babysitter 

Episod : 20
Tarikh Tayangan : 6 Julai 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian : MegaDrama Astro Ria
Pengarah : Hadith Omar
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
Pelakon : Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora, Nina Juren, Isaac Iman dan Tayha Nazira

Pelakon Dan Watak

Aliff Aziz sebagai Adam Farhan
Intan Najuwa sebagai Adelia Faranisa

Sinopsis Jodohku Babysitter (Novel)

Jodohku Babysitter mengisahkan tentang Adam duda anak tiga setelah bercerai dengan bekas isterinya, Ika yang curang dengan kawan baik Adam iaitu Amri. Sedih dan sakit hati dengan bekas isterinya, Adam bercadang tidak jatuh cinta lagi dengan perempuan lain tetapi kehadiran Adel yang menjadi pengasuh kepada anak-anaknya telah merawat luka dihati Adam dan anak-anaknya. 

Cinta pandang pertama? Karut!

Bagi Adam untuk jatuh cinta buat kali kedua itu sangat mustahil. Namun, tak siapa menduga, Adam akan terpaut hati pada babysitter anak-anaknya sendiri. Babysitter tomboy pula tu. Limited editoin!

"Walaweh, ni rumah ke zoo?" - Adel
"What? Zoo? Amboi baru mula kerja dah nak membawang?" - Adam

Adel benci bila sering dibuli oleh Adam. Hendak melawan lebih-lebih, bimbang dipecat pula. Penat sudah untuk dia bertukar ganti kerja. Akhirnya, Adel terpaksa merelakan saja sikap sewel Adam itu.

"Garangnya bibik. awak tertelan sarang terbuan ke apa ni? Marah sangat." - Adam
"Encik ni memanglah, wayar putus." - Adel

Kuasa Allah tiada siapa dapat menyangkal. Daripada perasaan benci, kini perasaan itu berbalik menjadi cinta. Dalam mereka menghintung hari untuk disatukan, Adel mula curiga dengan perubahan Adam. Namun, Adam pantas memujuk. Membuatkan hati Adel kembali sejuk. Adakah mereka berjaya disatukan, kenalah tunggu waktu tayangannya. Okeh!

Penutup

Overall, baca sinopsis macam menarik pulak jalan ceritanya. Cuma, Fiza tak berapa berkenan Aliff Aziz jadi watak utama. 

Pada Fiza, dalam drama sebelum-sebelum ni Aliff Aziz kelihatan masih kekok berlakon. Tapi tak tahula kalau dia digandingkan dengan Intan Najuwa ni boleh jadikan lakonan dia lebih baik dari sebelumnya la kan. Bukanla nak kata lakonan dia tak bagus, cuma kurang menyerlah. Itu cuma pendapat Fiza lah ye. Lain orang lain pandangannya. Betul tak?

Apa-apa pun, selamat menonton semua. Jangan lupa tunggu waktu tayangannya nanti okeh!

#MegadramaAstroRia
#JodohkuBabysitter