Assalamualaikum,
Selamat Petang.
Bendi Rebus, Menu Simple Tapi Sedap | Lately, Fiza lebih suka masak lauk rebus terutamanya untuk sayur. Alasan pertama, boleh kurangkan penggunaan minyak. Al-maklumlah, sekarang ni harga minyak pun dah naik. Susah betul nak dapatkan minyak yang dalam paket sekarang ni. So, kena belajar untuk berjimat cermat. Bukan minyak je naik, barang lain pun sama. Kan?
Kedua, sejak usia dah masuk 40 series ni... Fiza start cuba untuk menjaga pemakanan, walaupun kekadang ada jugak 'Cheat Day'. Hehe...
Masak Bendi Rebus Untuk Makan Tengahari
So, harini antara menu makan tengahari kami anak-beranak adalah bendi rebus air. Pada Fiza, menu ni adalah menu paling senang nak masak... Main campak-campak je, dah siap. Orang yang tak reti masak pun boleh buat.
Actually, banyak khasiat yang ada pada bendi sebenarnya... Tapi ramai jugak yang tak suka makan bendi termasuklah adik-beradik Fiza. Ada la dua tiga orang yang tak suka makan. Alasannya... Bendi berlendir. 🥴
Baca Juga : Khasiat Kacang Bendi Yang Jarang Orang Ketahui
Terus terang, dulu Fiza pun tak suka makan bendi sebenarnya. Entah! Suatu hari mak Fiza buatkan bendi rebus untuk diulam dengan sambal belacan. Dia suruhla Fiza try. Mula-mula tu Fiza menolakla jugak, tapi bila tengok mak makan macam sedap je... Terbuka pulak hati Fiza nak mencuba. Rupanya sedap jugak. Haipp! Sampai harini terus jatuh cinta sama bendi. Hehe...
Selain diulam, Fiza selalu rebus je. Nak rebus, caranya mudah sangat. Bahan yang diperlukan hanyalah seikat kacang bendi yang telah dipotong dua. Air untuk rebusan, 3 ulas bawang putih yang dah diketuk, sedikit ikan bilis dan secukup rasa Maggie.
Cara Masak Dan Berapa Lama Nak Kena Rebus Bendi
Pertama, Jerang air terlebih dahulu.
Kemudian, bila air dah masak. Masukkan kesemua bahan. Lepas 5 minit terus angkat, supaya kacang bendi nanti tak overcook dan nutrisinya pun tak hilang.
Mudah kan?
Fuh! Sedap giler makan dengan nasi panas. So far, bendi rebus ni menu kesukaan encik suami. Tiap kali ke pasar, kalau ternampak... Mesti beli.
Alhamdulillah, untuk rezeki harini. Korang makan tak bendi rebus? Then, korang rebus campur apa je? Jom! Kongsikan di ruangan komen.
#MenuSimple
#BendiRebus
6 Comments
Bendi rebus kosong pastu cicah dengan sambal saja pun dah cukup sedap. Bendi ni memang sedap dan versatile... boleh buh dalam kari, sup sayur, sup ikan, goreng kicap, goreng tempura, peh... okeh esok cheq nak beli bendi sekilo 😂
ReplyDeleteKan? Bubuh dalam Kari ikan, boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya. 🤭
DeleteMasya Allah. ..terliur saya dibuatnya ..
ReplyDeleteKalau makan nasi saya suka lauk kering-kering.Tapi melihat bendi rebus ni terliur pulak untuk menghirup...
Goreng kering campur telur sedap jugak bendi ni. Makan cicah sambal belacan pun sedap.
DeleteAdududu.. sedapnya kak.. kita suka bendi kalau dimasak dlm asam pedas. Masak sampai lembut tu. 😋😋
ReplyDeleteSedap tu. Nanti lain kali akak buat blog post asam pedas letak bendi pulak. 🤭
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.