Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
Kesudahan Drama Bisik-Bisik Gelora TV3 | Akhirnya, drama Bisik-Bisik Gelora menamatkan kisahnya semalam. Dalam episod akhir, Jad selamat walaupun dah berkali-kali kena tikaman di perut. Wari pulak kena tangkap ketika kali kedua dalam cubaan untuk membunuh Jad.
Ketika sambutan harijadi Akif, Arumi mintak cerai cara baik dengan Jad. Drama tamat dengan scene Arumi dan Akif berjalan di tepi pantai sambil bermonolog. Wari dipenjarakan. Cukuplah Akif ada untuknya dan dia tak kan terima cinta Wari dalam hidupnya.
Tamat!!!
Pandangan Peribadi Tentang Ending Drama Bisik-Bisik Gelora
Agak terkejutla jugak dengan ending drama ni. Al-maklumlah, selalunya drama Melayu di Malaysia... Happy ending, dan itu yang sepatutnya berlaku dalam drama ni best on novel.
Ya, Nama pun drama... Kan! Pengarah boleh ubah jalan ceritanya. Maybe, drama ni ada sambungan Bisik-Bisik Gelora 2. Siapa tahu. Betul tak?
Walaubagaimana pun, ada logiknya jugak Arumi mintak cerai. Yelah! Dalam cerita ni, Jad sejenis manusia yang bersikap panas baran. Setiap kali marah, setiap kali tu jugak dia akan ungkit semua benda. Kata-katanya sangat menyakitkan hati. Siapa tahan dengan perangai pasangan macam tu. Sabar pun ada hadnya.
Salah satu babak Jad maki Arumi gara-gara bertudung |
Pernah dulu dipertengahan cerita... Fiza tak ingat dalam episod ke berapa entah, masa tu Jad sangat marahkan Arumi. Fiza pulak yang emo masa tu.
Fiza siap cakap dengan encik suami... Sebab, kita sama-sama menonton drama ni masa tu. So, sama-samalah ambik ikhtibar. 😂
Kalau sayalah di tempat Arumi. Masa tu jugak saya akan keluar dari rumah. Memang tak toleh belakang dah. Lebih rela hidup menjanda dari di marahi sebegitu.
Paling emo bila dia buat Arumi macam orang gaji. Aduh! Sakitttt hati betul. Bayangkan kalau kita di tempat Arumi, yang tengah sarat mengandung... Di maki, di baling baju di muka. Huh! Gerammm sangat.
Senyummm je encik suami mendengar leteran Fiza. Sepatah pun tak menjawab.
Yelah! Kalau dah panas baran. Tak mustahil... Dah berbaik sekali pun, bila-bila masa... Ada benda yang tak kena confirm! Sikap tu akan berulang-ulang...
Kita tak mampu nak ubah sikap orang, kecuali orang tu sendiri yang nak berubah. Pada Fiza, better... Siapa yang ada perangai panas baran tu... Berjumpalah dengan pakar psikologi untuk dapatkan rawatan. Ia melibatkan kesihatan mental tau.
Bahaya sebenarnya panas baran ni. Mula-mula memangla dengan makian, tapi tak mustahil satu masa ianya akan sampai satu tahap pukul memukul pulak.
Pada Fiza, memang wajarlah Arumi mintak cerai. Puas hati! Lagi-lagi bila bercerai dalam keadaan Jad menyedari yang Arumi tidak bersalah sebenarnya.
Baru real... Itulah yang sepatutnya berlaku. Boleh je nak buat happy ending. Tapi kena extra episod la jawabnya. Betul tak? Macam drama Rindu Awak Separuh Nyawa dulu. Ingatkan habis dengan 40 episod. Sekali... Sampai 8 episod tambahan, barulah tamat.
Actually, banyak pengajaran yang boleh kita dapat daripada drama ni sebenarnya. Antaranya :-
- Kita kena war-warkan status sebenar kita. Dah kawin atau masih single. Tengok jelah orang sekeliling Arumi. Ramai yang nak try, padahal Arumi dah pun berkahwin... Sebab apa? Sebab Arumi sorok status sebenarnya. Akhirnya, banyak masalah yang timbul.
- Kemudian, dah tahu kita suami atau isteri orang. Janganlah cuba-cuba untuk ada skandal di luar. Buruk padahnya. Contohnya Arumi dan Fakri. Nada dan Jad. Walaupun kita anggap sekadar kawan. Tapi, hakikatnya benda tu akan menjadi bahan untuk bergaduh. Tipula kalau tak cemburu. Betul tak?
- Last sekali, hati-hatilah dengan orang yang terlalu baik dengan kita terutamanya bila berlainan jantina. Tengok jelah Wari. Dia begitu obses terhadap Arumi, sampaikan dia sanggup bunuh siapa sahaja lelaki yang ada di sisi Arumi. Bahaya betul. Kan?
Penutup
Overall, not bad la jalan cerita drama ni. Cumanya... Episod akhir dia macam tergantung pun ada. Ke Fiza sorang je yang fikir macam tu.
Apa-apa pun, begitulah pengakhiran cerita Bisik-Bisik Gelora. Next week dah start drama lain pulak. Kali ni kisah berpoligamilah pulak. Nak tahu sinopsisnya, bolehla baca di link yang Fiza sertakan di bawah okeh!
Baca Juga : Sinopsis Risik Pada Hati TV3
So, last sekali apa pandangan korang terhadap ending drama ni. Best ke tak?
#EndingBisikBisikGelora
#BisikBisikGeloraTV3
4 Comments
Tak sempat layan semua episod. Lakonan diorang berdua ni memang menjadi jugak.
ReplyDeleteKan. Nampak dorang serasi berlakon. Fiza pun tak semua episod tengok. Tengok pun secara online. Jarang dapat tengok on time. 🤭
DeleteTak sangka ending macam tu. Ingatkan happy ending tapi sedih pula bila Arumi minta cerai. Tu la Jad seksa si Arumi tu bertahun tahun lepas tu boleh pula was was dengan anak sendiri. Geram betul rasa. Nasib baik dah habis dah drama ni.
ReplyDeleteTu la, Fiza pun ingatkan happy ending. Agak terkejut la jugak. Macam tak Puas hati pun ada jugak Dan dalam masa yang sama fikir... Logik jugak Arumi buat macam tu. Baru Jad tahu Langit tu tinggi ke rendah. Kan! Jangan ikut suka hati dia je. Bila suka romantik la sangat. Bila Dah marah, semua benda nak ungkit.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.