Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Misi Untuk Dapatkan Adsense 5USD Ke Atas Sehari | Tajuk blogpost petang ni. Mula-mula fikir tak nak share, tapi nak jugak kongsikan. Bukan nak menunjuk, tapi nak berkongsi pengalaman bagaimana cara untuk tingkatkan pendapatan Adsense sebenarnya. Alhamdulillah, Fiza dah lama mencapai target Adsense 1USD sehari dan sekarang nak target 5USD sehari ke atas. 

Sebelum Fiza nak share lebih lanjut. Benda pertama Fiza nak bagitau, Pageviews blog Fiza hanya dalam range 1500 ke 2600 sehari. Tak tinggi macam orang lain. Kan? Tapi still boleh Jana income dari google Adsense. Mudah-mudahan ianya maintain dan semakin membaikla hendaknya. Aamiin...

Cara Mudah Naikkan Income Adsense

Nak tahu caranya. Ni based on pengalaman Fizalah yea. Maybe bagi otai-otai yang terror pasal Adsense... Mungkin cara Fiza ni jauh ketinggalan. 

Bilangan Iklan

First things first, apa yang Fiza perasan setelah sekian lama try and error adalah berkaitan dengan bilangan iklan di blog. Dulu, mula-mula lulus Adsense. Pergh! Sangat excited masa tu. Semua jenis iklan Adsense Fiza masukkan dalam blog dengan harapan cepatlah menghasilkan wang. 

Pendek kata, setiap sudut blog tak kisahla... Atas bawah blog. Kiri kanan sidebar. Tengah blogpost... Ataupun di bawah related post. Semua Fiza bantai letak iklan kat situ selagi boleh. Setahun ye, lansung tak boleh cashout Adsense. Malah nak capai 20usd setahun pun payah.

Adsense

Tapi, bila Fiza letak sikit je iklan. Eh... Eh! Boleh pulak hasilkan earnings. Alhamdulillah, kerap jugak dah cashout walaupun takdelah banyak mana. 

Pada Fiza la kan, Fiza letak situasi orang lain macam Fiza jugak. Masuk blog tak suka serabut. Just nice, seronok baca tanpa ada yang menghalang mata. Yelah! Kalau dah terlampau banyak sangat iklan. 80% isi blog adalah iklan... Memang Fiza akan out terus. Fiza rasa korang pun sama jugak macam Fiza. Betul tak? 

Stay pun mungkin disebabkan kontent yang menarik untuk di baca. Tu based on apa yang Fiza perhatikan lah ye. Mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan Fiza. Tapi, itulah antara salah satu faktor menjadi penyebab kenapa earnings blog Fiza tak meningkat dulu. Orang masuk terus out gara-gara gangguan iklan yang terlalu banyak.

Cari Keywords Yang Ada Nilai

Kemudian, faktor kedua pulak adalah keywords yang ada nilai. Part ni masih banyak lagi yang perlu Fiza belajar walaupun dah lama dalam dunia blogging. Tak semestinya orang yang dah lama dalam dunia blogging tu terror. Macam Fiza, banyak betul ketinggalan. Penyakit 'M' banyak sangat. Haha...

Okeh! Berbalik tentang keywords...

Fiza selalu guna ubbersuggest untuk part ni. Fiza rasa korang boleh cari tutorial dari otai-otai, cara bagaimana nak guna. Tu je... Sebab Fiza nak explain pun masih tak reti. Tapi, apa yang pasti kena jugak terapkan SEO dalam penulisan blog. Sangat-sangat penting sebenarnya. So far, bila Fiza terapkan dalam blogpost... Bertambah jugak blogpost yang muncul dalam first page google walaupun tak semua. 

Part kontent pulak, susah nak kata apa. Kekadang engkau buat sinopsis drama pun boleh tarik views beribu-ribu... Event kontent engkau lebih kurang sama dengan orang lain. 

Dulu pernah masa drama rindu awak separuh nyawa tengah trending... Fiza ulas drama tu untuk beberapa episod. Boleh pulak raih pendapatan google Adsense 40 ke 50USD sehari untuk beberapa hari. Terus boleh cashout dalam masa sebulan. That why, menulis blog ni kena banyak try and error sebenarnya. Tu bagi Fiza lah ye. 🤭

Pendek kata, kena enjoy menulis sambil tu selitkan teknik SEO sikit-sikit. In Shaa Allah, nanti akan nampakla perubahannya. Tak perlu nak paksa diri pun. Tulis apa yang kita rasa kita nak share, dan pastikan ianya ditulis dalam 500 ke 1000 patah perkataan. Lagi panjang lagi bagus. 

Setakat ni, Fiza cuma praktikkan tu jela untuk naikkan earnings Adsense Fiza... Sambil-sambil blogwalking jugak di blog blogger-blogger lain.

Moga-moga hasrat untuk naikkan 5USD ke atas tu tercapaila jugak untuk tahun ni. Kekadang ada jugak dapat lebih dari 10USD. Tapi tak selalu. So, Nak target 5USD jela dulu. Hehe....

Harap-harap tercapaila hendaknya. Aamiin. Doakan Fiza ye. Fiza kongsikan ni pun bukan untuk menunjuk... Jauh sekali. Fiza rasa ada ramai lagi mereka-mereka yang hebat dengan jumlah pendapatan beribu-ribu. Kan?

Hakikatnya, Fiza sekadar nak berkongsi pengalaman macam mana nak tingkatkan earnings Adsense. Buat sikit-sikit, In Shaa Allah lama-lama oklah hendaknya. 

If korang ada teknik yang lagi advanced untuk naikkan pendapatan Adsense, bolehla kongsikan di ruangan komen yeah! Siapa tahu boleh membantu.

Da.. Da...

#adsensefighter
#googleadsense