Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Bakwan Simple Dan Rangup Untuk Sarapan Pagi Jumaat | Sejak akhir-akhir ni Fiza suka layan vlog budak-budak Indonesia. Antaranya adalah seperti Nisfa Fitri, Julia Fitry dan Dian Daniel Bara. Fiza suka tengok aktiviti keseharian mereka. Kemudian, selalu jugaklah tengok dorang memasak. Salah satu menu yang mencuri perhatian Fiza adalah resepi bakwan sayur Indonesia.

Apa itu Bakwan?

Actually, Bakwan (Cina tradisional: 肉丸; Pe̍h-ōe-jī: bah-oân) merupakan snek gorengan yang terbuat daripada sayur-sayuran dan tepung gandum yang lazim ditemukan di Indonesia.[2][3] yang biasa dijual oleh penjaja keliling. 

Bahannya terdiri daripada tauge, hirisan kubis atau hirisan lobak merah, dicampur dalam bater dan digoreng dalam minyak masak yang cukup banyak.[3] Di Jawa Barat bakwan disebut bala-bala, di Jawa Tengah terutama Kabupaten Pati disebut pia-pia, di Kota dan Kabupaten Malang disebut weci, dan di Sidoarjo dan Surabaya disebut ote-ote.[3] 

Bakwan hampir sama dengan masakan Jepun yasai tenpura (tempura sayur). Para peminat Bakwan Surabaya biasanya makan hidangan ini dengan nasi putih. Sos tomato dan sambal bakwan mengiringi Bakwan Surabaya yang dihidangkan panas dan biasanya dibubuh bawang goreng dan daun bawang.
[ Sumber : Wikipedia ]

Kalau di Malaysia, kita akan sebut ianya sebagai cucur sayur. Kan?

Nak dijadikan cerita, breakfast pagi semalam Fiza cubalah untuk membuatnya. Biasa, Fiza punya version takdelah sampai 3 jenis sayur dalam cucur. Paling banyak pun dua jenis. Then, takdelah rangup sebab tak letak pun tepung beras. Lagi satu, Fiza tak pernah pun letak kobis dalam cucur. Niiiilahhh first time. Bunyi macam pelik. Kan?

Resepi

Resepi Bakwan, Cucur Sayur Stails Indonesia

So, Fiza nak share jugaklah hasil bakwan yang Fiza dah buat. Kata, first time membuat... Kan! So nak kena share jugaklah di blog. Hehe...

Antara bahan yang telah Fiza gunakan untuk bakwan tersebut adalah seperti berikut.
  1. 1 biji carrot yang telah dipotong halus dan memanjang.
  2. Segenggam taugeh.
  3. Segenggam kobis yang telah dipotong halus.
  4. Sedikit udang geragau
  5. Perasa secukup rasa Maggie
  6. 4 senduk nasi tepung gandum
  7. 2 senduk nasi tepung beras
  8. Sedikit kunyit
  9. Air untuk bancuhan
  10. Minyak untuk menggoreng 
Cara membuatnya pulak. Pertama, bancuh ke semua bahan dan perasakan dengan secukup rasa Maggie. Pastikan bancuhan tak terlalu pekat ataupun cair. 

Sedikit tips ya dari puan Dian Daniel Bara, untuk menghasilkan bakwan yang rangup... Sukatan tepungnya adalah 2 nisbah 1. Kalau macam Fiza ramai yang nak makan, jadi Fiza guna nisbah tepungnya 4:2. Kemudian, goreng nipis-nipis. Confirm krap krup... Rangup!

Setelah bancuhan tadi siap. Panaskan minyak. Kemudian, gorengkan bakwan di tepian minyak yang banyak. Bila dah nampak kekuningan, bolehla diangkat.

Mudah kan?

Alhamdulillah, ternyata bakwan yang Fiza hasilkan menjadi. Sangat rangup. Tak sia-sia mencuba. Suami dan anak-anak pun suka. Sedap tau, bila makan dicicahkan dengan sos dan mayonis. Kena makan time panas-panas ye, barulah sedap dan rangup.

Next time bolehla repeat membuatnya. Try letak perasa tomyam pulak. Tak silap Fiza pernah nampak, ada blogger buat bakwan tomyam. Tapi tak ingat siapa. Resepinya sama je lebih kurang, cuma add-on bawang. Kemudian, letak perasa tomyam. Dengar kata sedap.

Sedap ke tak, nanti kita try buat. Okeh!

Kesimpulannya

Overall, resepi bakwan dari Indonesia ni memang sedap. Sesuai sangat untuk hidangan waktu sarapan mahupun minum petang. Tak sia-sia mencuba. Alhamdulillah, nikmat apalagi yang nak didustakan. Kan?

Korang dah try buat bakwan?

#Bakwan
#ResepiDariIndonesia