Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Bilakah Duit Google Adsense Akan Masuk Ke Akaun Cimb? | Rasanya Fiza tak pernah lagi kongsikan tentang pembayaran Adsense di blog Fiza ni. Jadi, harini Fiza nak share jugaklah mengenainya.

Alhamdulillah, dari awal lulus Adsense lagi Fiza dah pilih cara pembayaran adalah melalui Cimb secara online. Dalam erti kata lain, income Adsense Fiza automatic akan masuk terus ke akaun Cimb.

Bilakah Pembayaran Adsense Akan Dibuat?

Berdasarkan pengalaman peribadi, Setiap 21hb... Bila akaun google Adsense kita dah pun mencapai 100usd atau lebih, pihak google akan menghantar email seperti berikut sebagai bukti yang mereka telah pun membuat pembayaran ke atas akaun kita.

Adsense

Contohnya, Macam Fiza sendiri... Semalam mereka buat pembayaran dan Alhamdulillah, harini dah pun masuk ke akaun Cimb Fiza secara rasmi. Selain itu, RM5 akan dipotong oleh pihak Cimb sebagai service charge. 

Adsense

That it's. Semoga perkongsian ringkas ini menjawab persoalan adik-adik yang bertanya. Okeh! ✌️

Terima kasih kerana sudi singgah di blog Fiza, tanpa korang sunyilah blog Fiza. 🤭

#GoogleAdsense
#PembayaranAdsense