Assalamualaikum,
Selamat Petang.
Cara Ubah Saiz Font Untuk Post Body Bagi Template Haster | Dah lama Fiza tak buat tutorial pasal blog. Kan? Dan kebetulan semalam Fiza dah ubah saiz font untuk bahagian blog post ataupun post body blog Fiza.
Blog ni, Fiza guna template Haster. Dah lama guna, cumanya jarang nak tukar saiz font. Lately ni, Fiza suka ubah jenis font di blog. So, bila dah dapat font yang sesuai... Tapi, nampak macam kecik pulak la saiznya. Jadi, bila dah puas godek html di theme... Akhirnya, jumpa jugak kat mana nak kena ubah.
Saiz Font Untuk Post Body Template Haster
Di sini, Fiza nak share la... Terutamanya buat mereka yang guna template Haster... Nak ubah saiz tulisan/font di bahagian blog post hanya perlu cari coding seperti di bawah.
Pada bahagian line 281 : .post-body ,then nampak tak font-size : 16px tu. Before ni 15px... Fiza ubah bagi besar sikit jadi 16px. That it's, tu jela yang perlu diubah. Tak perlu tambah extra coding pun.
Mudah sangat.
Kenapa perlu ubah saiz font di Post Body?
Pada Fiza saiz font di blog jugak akan memberi impak kepada trafik blog. Fiza suka letak diri sendiri dalam situasi orang lain. Kalau saiz tulisan terlalu kecil, pastinya susah untuk dibaca... Kadang-kadang tu bila dah rasa susah sangat nak baca, Fiza terus out.
Pada Fiza, saiz font biarlah bersesuaian dengan jenis font. Disebabkan font yang Fiza guna sekarang ni nampak kecik je bila letak dalam saiz 12 ke 15px. So, Fiza ubah jadi 16px. Nampak ok je kan.
Walaupun mungkin saiz font nanti akan nampak berbeza di computer, tablet atau phone, tak mengapa...
Apa yang penting, di handphone ianya jelas kelihatan. Itu matlamat utama Fiza.
Kenapa?
Sebab based on statistik blog Fiza, hampir 90% yang melayari blog Fiza menggunakan phone sebagai alat utama. Jadi, biarlah di hanphone ianya nampak jelas dan senang untuk dibaca.
So, apa pandangan korang terhadap saiz font di blogpost Fiza. Ok ke tak Ok? Nampak besar sangat ke tak? Atau ada cadangan lain.
Semoga memberi manfaat buat semua.
Thank you. ✌️
4 Comments
alhamdulilah font ni saiz dah ok! hehehe
ReplyDeleteThanks Kak Ret. ☺️
DeleteDah ok sangat..
ReplyDeleteAini pun klau font terlampau kecil atau warna tak jelas memang Aini akan out la..
Thanks Aini. Samalah kita. Bukan tak suka cuma mata ni nampak macam serabut kalau baca tulisan kecik.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.