Assalamualaikum,
Selamat petang.

Kacang buncis goreng bilis simple dan mudah | merupakan salah satu menu makan malam kami anak beranak semalam. Selalunya kalau kacang buncis, Fiza makan berdua je dengan encik suami. Anak-anak memang tolak tepi kalau Fiza masak kacang buncis. Biasalah kan budak-budak. Kalau takde sayur kobis, brokoli, daun ubi, sawi, bunga kobis atau lobak... Mana mahunya dorang makan sayur.

Selain goreng dengan telur, Fiza selalu masak buncis ni goreng simple je dengan ikan bilis. Campak-campak bahan dah siap. Senang sangat. 

Resepi mudah

Bahan Untuk Masak Buncis Goreng Bilis

Walaupun senang, nak jugak share cara bagaimana nak masak kacang buncis goreng ni. At least, bertambah jugak blogpost resepi Fiza di sini. Kekadang, resepi simple macamni pun ramai jugak orang cari. 

Sampai sekarang, menu paling famous di blog Fiza ni adalah pucuk manis masak lemak, tempe goreng tepung dan sambal belacan cili hijau. So, tak rugi kalau sesekali kita up resepi simple. Sebab... Blogpost tersebut jugak mampu menarik ramai pembaca ke blog sebenarnya.

That'its...

Sambil bercerita pasal resepi sambil tu jugak Fiza kongsikan salah satu jenis entri yang boleh tarik beribu trafik ke blog. Diharap ianya memberi manfaat buat semua. Mudah-mudahan hendaknya. Aamiin...

Berbalik kepada point utama, bahan yang diperlukan untuk membuat kacang buncis goreng ni adalah seperti berikut :-
  1. Seikat kacang buncis, Encik suami beli yang sebungkus harganya RM3.50. Lebih kurang 300 ke 400 gram gitula beratnya.
  2. Sedikit ikan bilis yang dah dikopek.
  3. 4 ulas bawang putih.
  4. Cili merah.
  5. Minyak untuk menumis.
  6. Perencah Maggie secukup rasa dan
  7. Sedikit air
Cara masaknya pulak...
  1. Potong kacang buncis ikut kesesuaian.
  2. Kemudian, hiriskan bawang dan cili.
  3. Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis, bawang dan cili.
  4. Bila dah naik bau, masukkan kacang buncis dan sedikit air. 
  5. Perasakan dengan secukup rasa Maggie. Lebih kurang 5 minit, terus angkat. Tak perlu lama-lama, nanti hilang pulak nutrisinya.
  6. Siap!
Mudah sangat kan. Fiza suka makan terus dengan nasi panas. That why, Fiza selalu masak sayur setengah jam sebelum makan. Biar sayur yang dihidangkan masih panas dan segar.

Satu lagi, Fiza masak jarang guna bawang merah. Lebih suka letak banyak bawang putih dalam masakan kerana bawang putih sangat terkenal sebagai antibiotik alami dan sifat antioksidan, yang mana dikatakan dapat membantu mencegah kanser. 

Alhamdulillah, rezeki semalam. Selain buncis, Fiza sediakan ikan gelama goreng dan kerabu mangga. Duh! Saat menaip blogpost ni, Fiza masih terbayangkan kerabu mangga tau. Huhu...

Korang masak apa untuk dinner semalam?

#ResepiSimple
#ResepiMudah
#BuncisGorengSimple