Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Kenapa Income Adsense Menurun, Sedangkan Pageviews Tinggi | Kalau korang perasan dalam beberapa minggu yang lepas, Fiza ada masukkan iklan Mgid di dalam blog Fiza. Dalam masa yang sama, Pageviews pun meningkat dari kebiasaan. Cecah 5K sehari. Tapi, sayangnya... Pendapatan Adsense Fiza sehari jarang boleh capai 1usd. Haihhh! Macam mana nak capai target 5usd sehari, kalau dah macam tu... Kan! Betul tak?

Sedangkan, Pageviews Fiza sebelum ni sikit je pun. Tak sampai pun 3K sehari. Tapi boleh dapatkan 1usd sehari. Kat mana silapnya tu? Korang rasa?

Jawapannya...

Google Adsense

Punca Income Adsense Menurun

Dah tentulah persaingan, bila mana kita meletakkan pelbagai jenis iklan dari syarikat yang berbeza. Sudah pastinya pengunjung tak kan klik iklan satu jenis je. Betul tak? Ini jelas terbukti, bila mana income Mgid Fiza turut bertambah bersen-sen. 🤭

Tapi kalau dah gitu corak pendapatannya. Kemudian, Adsense pun sama bergerak slow. Rasa-rasa, bila nak cashout. Hehe...

So, Fiza ambik keputusan... Harini, Fiza keluarkan balik iklan Mgid dari blog. Then, fokus dengan Google Adsense sahaja. 

Pada Fiza, blog yang dah capai puluhan ribu PV sehari... Bolehla kot letak banyak jenis iklan dari pelbagai syarikat. Kalau PV masih bawah 10K sehari macam Fiza, memang susah nak naikkan pendapatan Adsense. Fiza dah tengok dah 3 minggu yang lalu. Sangat jelas terbukti. Fiza pasang iklan Mgid selepas Fiza share blog post misi untuk dapatkan 5usd untuk Adsense. Gatal kan, nak try and error. 

Takpe, kalau kita tak cuba... Kita tak kan tahu sejauh mana pencapaian kita. At least, kita boleh belajar sesuatu. Betul tak?

Nampak gayanya, kena setia dengan Google Adsense jelah buat masa ni. Siapa pernah try and error macam Fiza. Baik mengaku. 🤭

Jom! Kongsikan pengalaman korang di ruangan komen?

#GoogleAdsense
#AdsenseMenurun