Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Drama Dosa Terlindung | Hari Sabtu malam Ahad, Jam 9 malam last two weeks… Telefilem dosa terlindung telah pun ditayangkan di slot cerekarama TV3. Sempat jugak Fiza layan sampai habis dengan ditemani oleh encik suami. Actually, drama ini diterbitkan oleh syarikat produksi Alfanazra Production Sdn. Bhd, diarahkan oleh Khalid Nadzri dengan nukilan skrip daripada Shuhadatul Ain Zakaria. Ia merupakan drama lakonan Zamarul Hisham bersama Eira Syazira dan Jue Aziz sebagai pelakon utama.

Gambar

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara barisan pelakon lain dan watak yang mereka pegang dalam drama ni adalah seperti berikut :

  1. Zamarul Hisham sebagai Khairi
  2. Eira Syazira sebagai Zie
  3. Jue Aziz sebagai Hana
  4. Naim Daniel sebagai Irfan
  5. Bella Dowanna sebagai Eisya
  6. Hairi Safwan sebagai Faizal
  7. Jalaludin Hassan sebagai Datuk Nadzri
  8. Azizah Mahzan Datin Rosnah

Sinopsis Dosa Terlindung TV3

Actually, drama ni mengisahkan tentang beberapa tahun lalu di mana seorang isteri bernama Zie telah meninggalkan suaminya, Khairi dengan dua orang anak, Eisya serta Irfan ketika mereka masih kecil. Dia tidak sanggup menjalani hidup serba kekurangan bersama mereka.

Ketika itu, Zie dilamun cinta dengan Faizal yang menabur janji memberikan kesenangan kepadanya. Zie menjadi isteri Faizal namun rumah tangganya tidak kekal lama. Dia meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai kaki perempuan dan menjadi mangsa pukul Faizal.

Khairi pula kini bergelar usahawan berjaya. Mengetahui perkara itu, Zie nekad mencari Khairi dan anaknya. Dia sanggup menggunakan dua anaknya untuk memenangi kembali hati Khairi.

Tapi kewujudan Hana menjadi penghalang untuk Zie berbaik semula dengan bekas suaminya. Adakah Zie berjaya meraih kembali cinta Khairi ?

Tu ringkasan sinopsis jalan ceritanya.

Kisah Penuh Di Sebalik Cerekarama Dosa Terlindung

Apa yang berlaku sebenarnya disebalik drama ini, pada mulanya Zie dan Khairi sangat bahagia sekali sebagai pasangan suami isteri. Khairi bekerja sebagai kelindan lori barangan perabot. Hari demi hari, Zie mula bosan dengan kehidupannya yang serba kekurangan. Dek kerana itu, dia menjalinkan hubungan dengan lelaki lain yang bernama Faizal. Zie hanyut dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh Faizal. Padahal Faizal sejenis lelaki playboys. Akhirnya Zie dan Khairi bercerai.

Gambar

Hari demi hari, Khairi lalui kehidupannya sebagai duda beranak dua. Dia sangat komited dengan kerjayanya. Malah solat pun Khairi jaga. Khairi sangat dipercayai oleh majikannya. Sehinggalah suatu hari, majikannya telah memberi peluang kepada Khairi untuk berjumpa Datuk Nadzri, klien yang mahu membeli perabot di syarikat tempat Khairi bekerja. Di situla bermulanya episod pertemuan Khairi dan Hana. Hana merupakan anak Datuk Nadzri dan dia turut menyukai Khairi dalam diam. Dek kerana urusan kerja, mereka sering berjumpa dan menjadi semakin rapat sehingga mereka berkahwin akhirnya. Mereka sangat gembira walaupun hakikatnya ibu Hana masih lagi tidak menyukai Khairi.

Zie pulak akhirnya berkahwin dengan Faizal. Namun, langit tidak selalu cerah. Setiap hari Zie kena pukul dengan Faizal. Faizal seorang kaki perempuan. Dapat wang pun melalui aktiviti-aktiviti meniduri perempuan. Sampailah satu masa, Zie ternampak Faizal keluar dengan seorang perempuan. Pergaduhan tercetus bila Zie mempersoalkan ke mana perginya Faizal sehingga jarang balik rumah. Zie akhirnya diceraikan.

Suatu hari, Zie dapat tahu yang Khairi dah berjaya dalam hidupnya. Maka, bermulalah episod Zie berlakon untuk mendekati Khairi. Zie menggunakan anak sebagai modal. Walaupun Khairi membenarkan Zie berjumpa dengan anak-anaknya. Namun, kehadirannya tidak disenangi oleh anak-anaknya. Eisya dan Irfan masih tidak dapat menerima ibu mereka. Sebaliknya, mereka lebih menyukai Hana.

Gambar

Hana seorang isteri dan ibu tiri yang baik. Dek kerana simpati dengan Zie, dia membenarkan Zie tinggal serumah dengan mereka. Hari demi hari, Zie cuba mendekati Khairi. Macam-macam helah yang dia cuba buat, sampaikan Hana perasan. Hana menyuarakan isi hatinya kepada kedua orang tuanya. Dia sudah bersedia menerima sebarang kemungkinan seandainya Khairi mahu berbaik semula dengan Zie. Dia redha seandainya dia dimadukan.

Walaubagaimana pun, tujuan Zie mendekati Khairi sebenarnya kerana duit. Dalam diam dia masih lagi berhubung dengan Faizal. Malah dia turut memberi wang kepada Faizal. Suatu malam ketika Hana outstation, Irfan dan Eisya mengekori Zie ke hotel. Mereka telah mengambil video Zie dengan Faizal. Kemudian mereka meletakkan softcopy video tersebut di atas meja Khairi. Khairi rasa pelik lalu membuka softcopy tersebut. Dia terkejut dan malam tu jugak dia menghalau Zie dari rumah. Kemudian, dalam masa yang sama jugak Faizal kena tangkap dengan polis. Zie hilang arah. Dia menangis semahunya.

Keesokannya pula, Khairi dan anak-anaknya mencari Hana. Akhirnya mereka bertemu dengan satu khabar gembira. Hana mengandung. Di akhir cerita sebelum tamat, Khairi mencari Zie dengan ditemani Hana dan anak-anaknya. Sebaik bertemu, mereka berpelukan dan saling bermaaf-maafan.

Tamat…

Pengajaran Dan Pandangan Peribadi Tentang Drama Dosa Terlindung TV3

Begitulah, Hidup berumahtangga bukanlah suatu perkara yang mudah untuk difikirkan. Sebelum memutuskan untuk berkahwin, banyak faktor yang perlu diambilkira.

Begitu juga, persediaan untuk kita menerima pasangan kita. Kena tanya pada diri, sudahkah kita bersedia untuk menerima pasangan kita dengan seadanya. Jangan nanti bila dah susah hidup bersama, tak tahan mulalah berubah. Nauzubillahi minzaliq, jangan kita tergolong dalam manusia sebegitu yea.

Overall, Fiza suka dengan watak-watak yang dipegang oleh para pelakon. Contohnya watak Hana, dia digambarkan sebagai seorang anak, isteri dan ibu tiri yang baik. Penyabar. Malah dia juga seorang yang tidak mudah cepat melatah walaupun dia tahu yang Zie cuba merebut kasih Khairi darinya.

Begitu juga dengan watak Zie yang dipegang oleh Eira Syazira. Begitu menjiwai watak walaupun dah lama tak berlakon. Di depan Khairi, dia cukup baik orangnya. Namun, di belakang Khairi dia telah banyak berbuat dosa.

Walaupun drama ni simple je perjalanan ceritanya, namun sarat dengan pengajaran yang boleh diambik ikhtibar sebagai panduan dalam hidup berumah tangga.

Akhir kata, so far best jugakla drama ni. Not bad.

#CerekaramaTV3
#DosaTerlindung