Assalamualaikum,
Selamat Petang.
Julai Berakhir, Ogos Ke Depan | Pejam celik, Pejam celik... Harini kita dah berada di bulan Ogos, Isnin minggu pertama. Lagi beberapa bulan kita akan melangkah ke tahun yang baharu, iaitu tahun 2023. Apa-apa pun, rutin harian tetap diteruskan walaupun masa begitu cepat berlalu. Kan?
Cuti Bulan Ogos 2022
Pada bulan ni, cuti umum hanya sehari sahaja iaitu pada 31 Ogos 2022 Bersempena dengan hari kebangsaan. Bermakna tak banyak cuti untuk bulan ni. So, setakat ni takde lagi perancangan untuk ke mana-mana.
Checklists Ogos 2022
Kemudian, untuk bulan ni jugak Kak Alia akan mengikuti perkhemahan unit beruniform di sekolah selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah, encik suami terlibat sama. So, bolehla tolong tengok-tengok kan Kak Alia sepanjang perkhemahan tu nanti.
So far, bulan ni takde yang sambut birthday di kalangan family members. Cuma mungkin akan ada aktiviti makan-makan pada malam sambutan hari kemerdekaan kot... Seperti tahun-tahun sebelumnya.
Lupa letak kat mana gambar Kak Ain yang terbaik haritu. Jumpa gambar ni. So kita letak jelah yang ni. 🤭 |
Cakap pasal bulan kemerdekaan, start harini Fiza dah kena fikir dah pakaian Kak Alia dan Kak Ain untuk mengikuti pertandingan pakaian hari kebangsaan anjuran sekolah. Last year, Kak Ain menang dalam pertandingan tersebut walaupun masa tu hanya hantar gambar sahaja. Al-maklumlah, masa tu masih lagi PdPR. Kenangan sungguh.
Harapan
Untuk blog pulak, Alhamdulillah Fiza mencapai target Fiza untuk bulan lepas. Harapan Fiza untuk bulan ni, semoga pencapaian itu semakin meningkat hendaknya. Aamiin...
Last sekali, semoga setiap urusan akhirat mahupun duniawi dipermudahkan hendaknya... Bukan sahaja untuk bulan ni, tetapi untuk bulan-bulan yang akan mendatang. Aamiin...
Korang dah ada perancangan tak untuk bulan Ogos ni?
8 Comments
Wahh, jenuh nak perah utk ni sebab last year dah menang baju terbaik. All the best Ain dan Alia. Heheh sama la kita. Ogos xde planning sebab julai dah super duper busy. Bulan ni kita berehat je la
ReplyDeleteTu la, rasanya duduk rumah je kot bulan ni.
DeleteWelcome augus
ReplyDeleteWelcome Ogos wak.
DeleteSalam menjalani kehidupan di bulan Ogos untuk kak Fiza sekeluarga.. Semoga di bulan nie kita akan terus dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan...
ReplyDeleteAamiin...
DeleteKejap je Ogos kan Kak.. tak terasa sungguh,.. banyak benda tak dicapai dan terlaksana lagi tahun ni..
ReplyDeleteTu la. Akak pun sama. Banyak lagi yang tak tercapai. Kena jugak usahakan. 🤭
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.