HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2022 | Tinggal beberapa jam lagi, Negara kita Malaysia akan menyambut hari kebangsaan ataupun biasanya kita sebut hari kemerdekaan untuk tahun 2022. Pada 31 Ogos 2022 nanti, kita akan menyambut hari kemerdekaan untuk kali yang ke-65 tahun.
Tema atau slogan untuk hari kemerdekaan pada tahun ini adalah 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' dan berikut merupakan logo hari kemerdekaan kali ini.
Logo Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2022
- Ianya berkonsepkan jalur lipatan internet, yang mana ia melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat Malaysia.
- Kemudian, untuk 3 jalur biru, merah dan kuning pula merupakan cerminan keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.
- Titik Merah yang terdapat pada logo juga melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.
- Kedudukan yang berselang-seli melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.
- keluarga Malaysia pula merujuk kepada masyarakat hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
- Teguh bersama pula mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektid dan mampan.
Senarai Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan 2022 Hingga 1970
2022 : Keluarga Malaysia, Teguh Bersama
2021 : Malaysia Prihatin
2020 : Malaysia Prihatin
2019 : Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih
2018 : Sayangi Malaysiaku
2017 : Negaraku Sehati Sejiwa
2016 - 2015 : Sehati Sejiwa
2014 : Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
2013 : Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
2012 : 1Malaysia. Janji Ditepat
2011 : Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
2010 : Malaysia Menjana Transformasi
2009 : 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2008 : Perpaduan Teras Kejayaan
2007 : Malaysiaku Gemilang
2006 - 2000 : Keranamu Malaysia
1999 : Bersatu Ke Alaf Baru
1998 : Negara Kita Tanggungjawab Kita
1997 : Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1996 : Budaya Penentu Kecapaian
1995 : Jatidiri Penggerak Wawasan
1994 : Nilai Murni Jayakan Wawasan
1993 : Bersatu Menuju Wawasan
1992 : Wawasan Asas Kejayaan
1991 : Wawasan 2020
1990 : Berjaya
1989 - 1988 : Bersatu
1987 : Setia Bersatu Berusaha Maju
1986 : Bangsa Tegas Negara Teguh
1985 : Nasionalisme Teras Perpaduan
1984 : Amanah Asas Kejayaan
1983 : Bersama ke Arah Kemajuan
1982 : Berdisiplin Giat Maju
1981 : Berdisiplin Berharmoni
1980 : Berdisiplin Berbakti
1979 : Bersatu Berdisiplin
1978 : Kebudayaan Seni Perpaduan
1977 : 20 Tahun Bersatu Maju
1976 : Ketahanan Rakyat
1975 : Masyarakat Berdikari
1974 : Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1973 : Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1972 : Masyarakat Adil
1971 : Masyarakat Progresif
1970 : Muhibah dan Perpaduan
Acara Sambutan Hari Kebangsaan 2022
- Pelancaran bulan Kebangsaan dan kibar jalur gemilang pada 31 Julai 2022.
- Sambutan hari Kebangsaan akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan
- Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka
Bagi korang yang berdekatan tu bolehla datang untuk bersama-sama menyambut hari kemerdekaan nanti. Alhamdulillah, pada tahun ini kita akan menyambut Hari Kebangsaan dalam fasa endemik. Semoga negara kita akan terus bebas zero Covid-19 hendaknya dan semakin maju.
Sambutan Dan Kenangan Setiap Kali Menyambut Hari Kemerdekaan
Esoknya pulak akan diikuti oleh perarakan budak-budak sekolah. Teringat pulak Fiza masa sekolah rendah tahun 80-an. Seronok betul masa tu berarak bersama kawan-kawan bawa bendera. Tak peduli, hujan-hujan pun redah. Allahu Akhbar! Indahnya zaman kanak-kanak, kan?
Di sekolah encik suami pulak, dorang adakan beberapa aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan. Antaranya seperti pertandingan mewarna hari kemerdekaan, pertandingan mereka poster dan begitu juga dengan pertandingan mereka ucapan untuk hari kemerdekaan. Siapa ucapan paling puitis, dialah yang akan menang. Pendek kata, pelbagai aktiviti telah mereka jalankan.
Kalau Fiza pulak, sejak dua tiga tahun ni… Duduk rumah jela dengan family sambil menonton tv untuk menunggu detik 12 malam. Kekadang ada jugak buat jamuan makan. Tapi, untuk tahun ni kita tak plan pun lagi nak buat apa. Tak tahu la petang nanti kot ada ke tak perancangan. Selalunya akan buat last minute. Korang pulak macam mana? Apa aktiviti cuti hari Kemerdekaan korang esok? Dah plan ke?
Sumber | Infosentral
4 Comments
1 Malaysia yang paling simple.. :)
ReplyDeleteTula, Penggunaan logonya pun 3 tahun berturut-turut. Cuma tukar tema je. Masa tu Tan Sri Najib Abdul Razak yang jadi Perdana Menteri.
DeleteSalam Kemerdekaan dari Naim
ReplyDeleteSelamat menyambut hari kemerdekaan jugak Naim. 😊
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.