Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Quotes of the day, Jangan Bandingkan Diri Dengan Orang Lain | Fiza suka update kata-kata positif di blog. Tujuannya hanya satu, iaitu untuk memotivasikan diri sendiri agar sentiasa positif dan terus pandang ke hadapan.

Al-maklumlah, sebagai surirumah tangga... Kehidupan Fiza banyak dihabiskan di rumah. Kalau tak pandai urus emosi, kebarangkalian untuk mengalami stress itu tinggi. 😬

Quotes

Untuk menghindari stress. Kuncinya hanya satu, iaitu bersyukur dengan apa yang kita miliki, jalani kehidupan dan tanggungjawab kita sebagai umat, anak, isteri dan ibu kepada anak-anak dengan ikhlas. In Shaa Allah, kita akan menjadi seorang yang lebih kuat dan penyabar. Apa yang penting, jangan sesekali bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Garis masa kita berbeza. Rezeki setiap orang juga telah Allah tentukan.

Ada orang, kawin umur 20 tahun dikurniakan anak 8 orang.
Ada orang kawin lewat, lansung takde anak tapi berjaya dalam hidup.
Ada orang belajar sampai masuk universiti, tapi akhirnya duduk rumah jaga anak.
Ada orang bekerjaya, tapi masih lagi tak berkahwin.
Ada orang berkahwin, akhirnya bercerai.
Ada orang kaya, tapi lansung takde anak.
Ada yang miskin, ramai pulak anaknya.
Ada orang hidupnya sederhana, tapi bahagia.

Pendek kata, setiap dari kita punyai masalah yang berbeza. Kekadang, ada masa kita merasakan kehidupan kita yang paling teruk. Tapi, hakikatnya ada lagi orang lain yang lebih teruk.

Hidup bukan pertandingan, tapi adalah sebuah perjalanan.

We are all on a journey to find something, to become something, to learn, to create.

Jadi, kita kena yakin pada Allah. Pilihlah bahagia dengan cara kita dan tak perlu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Dari situ, ketenangan pasti akan kita rasai. In Shaa Allah...

Apa-apa pun, bersyukurlah di atas nikmat yang telah Allah pinjamkan. 

✌️. Have a nice day.