Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Aku Tanpa Cintamu | Merupakan drama Melayu terbaru jam 10 malam di TV3 , yang mana akan menemui penonton mulai 15 September 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis menerusi slot Samarinda TV3 atau boleh juga strim secara online di Disney+ Hotstar.

Drama ini akan bersiaran selama 15 episod. Ia merupakan idea asal dan juga merangkap penulis skrip iaitu Orked, diterbitkan oleh syarikat produksi Wira Nusa Production Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Emi Suffian.

Drama jam 10 malam TV3
Sumber dari Instagram bambam_studios

Pelakon Aku Tanpa Cintamu

Selain itu, ia juga merupakan drama yang akan bersiaran selepas drama Biarkan Ia Pergi dan menampilkan barisan pelakon seperti Zamarul Hisham, Bella Astillah, Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan, Dato' Sri Eizlan Yusof, Zarynn Min, Khaty Azian, Julia Farhana dan ramai lagi. Berikut antara watak yang dipegang oleh setiap para pelakon. Antaranya :-
  1. Zamarul Hisham sebagai Adam
  2. Bella Astillah sebagai Nuha
  3. Malek Maccrone sebagai Hadi
  4. Dato' Sri Eizlan Yusof sebagai Idris
  5. Julia Farhana sebagai Fatin
  6. Jihaa Sham sebagai Lydia

Lagu Tema/OST

Menahan Luka nyanyian Azzam Sham & Sheryl Shazwanie

Sinopsis Aku Tanpa Cintamu

Drama ini mengisahkan tentang Nuha, seorang gadis yang pada mulanya periang dan membesar tanpa kasih sayang ibu bapa apabila mereka bekerja di luar negara.

Pada suatu hari, Nuha ingin mencuba bekerja dan menceburi dalam bidang lakonan dan industri kreatif dan pada masa yang sama berkenalan dengan seorang pengarah tersohor iaitu Adam.

Kemudian, Nuha telah jatuh hati kepada Adam dan membuat keputusan untuk berkahwin dengannya walaupun sedar jarak umur mereka jauh berbeza. Pada awalnya ibu bapa Nuha tidak bersetuju, tetapi Nuha tetap dengan pendiriannya untuk berumah tangga bersama Adam. Mereka pun berkahwin.

Selepas berkahwin, sikap Adam yang panas baran, sentiasa fikir dia sahaja yang betul dan kuat cemburu akhirnya terkena tempias kepada isterinya, Nuha.

Maka terjadilah beberapa siri penderaan fizikal dan emosi kepada Nuha sehingga sanggup mengembalikan semua wang dan hantaran pemberian Adam sebagai menebus talak. Walaupun pada ketika itu Nuha hamil yang mana tak sanggup untuk meneruskan perkahwinan mereka.

Berjayakah Nuha melepaskan dirinya? Nak tahu kisahnya, saksikan drama ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

Selamat menonton semua.

#AkuTanpaCintamu