Assalamualaikum,
Selamat Petang.

ANAK MUNTAH-MUNTAH DAN RAWATAN DI RUMAH | Semalam Fiza lansung tak berkesempatan nak update blog gara-gara anak nombor 2 Fiza muntah-muntah. Kisahnya, masa Fiza bangun jam 4 pagi semalam… Masa tu Fiza tengah iron baju, terdengar Kak Ain panggil dari bilik. Cepat-cepat Fiza datang… Sebab kalau takde benda yang serius, jarang laa dia nak bangun sendiri. Sekalii tengok, dia dah termuntah dah atas tilam. Dia kalau dah termuntah macam tu, confirm akan muntah lagi dan lagi. Fiza check jugak suhu badan dia. So far normal. Selepas bersihkan tilam, tukar cadar… Kak Ain sambung tidur balik. Encik suami tak bagi dia ke sekolah. Just rehat di rumah.

Masa suami dan Kak Alia bersiap-siap nak ke sekolah, sekali lagi Kak Ain bangun dan muntah. Fiza dah sedia bekas awal-awal tepi bantal dia dah. So, dia muntah dalam bekas tu jelaa. Lepas setengah jam, Fiza bagi dia minum sedikit air garam. Lepas tu bagi makan madu sesudu kecil. Dia termuntah lagi untuk kali ketiga.

Kesihatan

CARA RAWAT MUNTAH DI RUMAH

Dulu adik pernah berpesan, kalau anak muntah… Better rawat dulu di rumah. Kalau tak ok jugak, terus bawa ke hospital. Jadi berikut adalah beberapa saranan adik untuk merawat gejala muntah di rumah. Antaranya :-

  1. Kalau takde Oral Rehydration Salts, guna garam di dapur pun boleh. Just bancuh sedikit di dalam air dan bagi anak minum.
  2. Kemudian, boleh jugak on panadol.
  3. Bagi minum air yang di masak sahaja.
  4. Jangan bagi makanan yang pedas dan berminyak buat sementara waktu selagi gejala muntah tak hilang.

Sebelum makan tengahari, Kak Ain dah termuntah sebanyak 5 kali. Dia tidur memanjang. Lepas makan bubur tengahari jam 12, Fiza bagi dia makan panadol. Dia muntah lagi untuk kali yang ke-6. Bubur, ubat semua dia muntahkan balik. Masa tu dia kata tak nak makan, tapi request nak minum air teh wangi. Fiza risau nak bagi dia minum sebab sepanjang hari tak makan. Lepas tu asyik muntah je. Mestilah perut kosong. Nanti kalau bagi teh, mesti kembung pulak lah kann.

Tapi dia kata nak makan biskut kering dengan air teh je. Kesian pulak Fiza tengok. Arghhh… Bagi jelahh apa yang dia nak. Alhamdulillah, boleh pulak dia minum teh. Tak muntah pun sampaila ke petang. Petang tu, dia bagitau Fiza yang dia dah ok dahh. Rasa mual pun dah takde dah. Fiza tanya jugak dia, dinner nak makan bubur atau nasi biasa. Dia kata nak makan nasi biasa je. So far, lepas dinner pun takde jugak muntah.

Alhamdulillah, pagi ni dia dah back to school lagi. Tapi, Fiza still bekalkan Oral Rehydration Salts dan panadol dengan encik suami. Kot-kot la Kak Ain termuntah lagi di sekolah.

Setakat ni, Begitu lahh antara rawatan yang Fiza akan buat bila anak termuntah di rumah. Korang pulak bagaimana? Terus ke klinik ke atau rawat sendiri dulu?

GEJALA SERIUS KENA CEPAT KE HOSPITAL

Tapi, kena pantau la bila buat rawatan di rumah ni. Kalau dah bermacam-macam gejala serious muncul, kenalah cepat-cepat bawa ke hospital. Antara gejala serious yang Fiza maksudkan adalah seperti berikut :-
  1. Muntah dengan teruk
  2. Tidak mampu menahan cecair keluar daripada badan
  3. Dehidrasi
  4. Sangat mudah tertidur
  5. Muntah darah
  6. Muntah berterusan lebih daripada sehari
  7. Mengalami sakit perut yang sangat teruk dan
  8. Sangat mudah marah
Bahaya, sekiranya dibiarkan anak-anak muntah tanpa rawatan sewajarnya. Takut nanti boleh meragut nyawa anak-anak. نعوذ بالله من ذلك. Mintak dijauhkan. 

Alhamdulillah, balik dari sekolah harini... Kak Ain terus mintak dibelikan ayam KFC. Katanya lama dah tak makan. Encik suami layankan aje kehendak anak-anak. 

Syukur, dia kembali sihat. Semoga anak-anak dan keluarga dalam rahmat Allah S.W.T hendaknya. Aamiin...