Assalamualaikum,
Selamat Petang.

BUAT KIRA-KIRA SEBELUM MENYIMPAN DUIT GAJI BULANAN AGAR LEBIH KONSISTEN | Menabung atau menyimpan wang bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya dalam kalangan mereka yang dah berkeluarga macam Fiza sendiri sebagai contohnya. 

Seperti yang kita sedia maklum, semenjak wabak Covid-19 melanda dunia... Ekonomi juga turut terkesan. Sekarang, kos sara hidup yang tinggi dan tidak selaras dengan pendapatan diterima, terpaksa menjelaskan pelbagai bil serta menampung keluarga menjadikan kita tidak memiliki baki gaji untuk disimpan. Betul tak? 

FORMULA URUS KEWANGAN SETIAP BULAN

Ramai daripada kita berpendapat bahawa kita perlu menyimpan jika mempunyai lebihan gaji. Betul Tak? Sebenarnya, kita juga boleh menyimpan walau sedikit jika kita memahami konsep simpanan asas seperti formula uruskan gaji setiap bulan. Antara peraturan yang boleh kita pertimbangkan adalah dengan menyimpan 10 peratus daripada gaji kita. Tapi, lagi banyak lagi bagus. 

Kewangan

Di sini Fiza nak share tentang savingscalculator, di mana kat situ korang boleh buat kira-kira sebelum korang start untuk menyimpan. Katakan, Fiza target untuk menyimpan wang sebanyak RM20 ribu. Kemudian, Bilakah wang tersebut akan mencapai target dengan simpanan sebanyak RM300 sebulan.

Apabila dikira, dengan hanya memasukkan data tak sampai seminit pun... Kita akan melihat keputusannya, di mana jumlah seperti yang diinginkan akan tercapai pada bulan Mac/2027... Sekiranya Fiza menyimpan secara konsisten selama 54 bulan. Lebih kurang dalam jangkamasa 4 tahun 5 bulan dari sekarang.

Mudahkan? That why, Fiza kata... kita boleh kira berapa jumlah wang yang kita nak simpan dengan mudah melalui savingscalculator. Bila dah tengok target, mesti kita bertambah semangat la kan untuk menyimpan.

Savingscalculator

MENABUNG DI TEMPAT YANG BETUL

Bila dah tahu jumlah yang perlu disimpan dan target simpanan kita berapa, benda yang kita seharusnya kena fikir jugak adalah mengenai tempat untuk menyimpan wang tersebut. Masyarakat kita hari ini sering berpendapat bahawa menyimpan wang hanya di bank semata-mata. Tahukah korang, terdapat pelbagai tempat untuk menyimpang dan antaranya adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

Selain jaminan wang persaraan di hari tua, KWSP juga menawarkan pelbagai manfaat lain yang lebih baik daripada bank seperti dividen yang kompetitif. Macam Fiza sendiri, bila dah buat kira-kira di savingscalculator, Fiza ingat nak start mencarum balik. In Shaa Allah...

KENA MENABUNG UNTUK MASA DEPAN

Pada Fiza, sikit atau banyak... Kita kena menyimpan, lagi-lagi macam Fiza yang masih ada anak bersekolah. Fiza dah try jugak kira dah kos pendidikan anak nanti melalui Collage Savings Calculator untuk mengetahui berapa banyak wang yang perlu diperuntukkan setiap bulan untuk membayar kos pengajian dorang nanti, seandainya ada rezeki untuk mereka teruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 

Kita kena sediakan payung sebelum hujan. Jadi, nanti tak perlula nak berhutang. atleast, bila kita dah buat kira-kira... Senang untuk kita uruskan kewangan kita macam mana.

Walaubagaimana pun, disiplin yang tinggi merupakan asas terpenting dalam mencapai kejayaan penyimpanan wang. Penyimpanan secara konsisten dapat mencapai matlamat penyimpanan wang dengan baik. Doakan semoga Fiza dan suami istiqomah untuk menabung hendaknya. Aamiin...

Korang pernah try kira gaji sebelum menabung? Macam mana korang kira?