Assalamualaikum,
Selamat Petang. 

EPISOD 2 DAN 3 AKU TANPA CINTAMU, NUHA DAN ADAM KAWIN TERBURU-BURU | lepas zuhur Cik Dhi tidur, so berkesempatan la jugak layan drama Aku Tanpa Cintamu di link telegram. Dua episod dah Fiza ketinggalan. Biasalah kalau drama jam 10 malam, memang jarang sangat la Fiza dapat tonton on time sekarang ni. Mesti dah tidur dah masa tu. 

Jadi, Fiza nak share jugak laa sikit pasal drama ni... Seperti dalam episod 1, Adam meluahkan perasaannya terhadap Nuha dan Nuha pun menerima baik apa yang dinyatakan oleh Adam kepadanya. Al-maklumlah, Nuha pun ada hati dengan Adam.

Bersambung dalam episod 2...

Nuha pun berbincanglah dengan parents dia. Disebabkan perbezaan umur antara Adam dan Nuha, 30 tahun... Kemudian berstatus duda... Papa Nuha sepertinya tidak bersetuju dengan keputusan Nuha untuk berkawin. Tapi Nuha tetap berkeras sehingga satu tahap dia stay di rumah ibu Adam gara-gara kemalangan. Lansung tak nak balik walaupun papanya datang menjemput. Nak atau tak, kedua orang tuanya terpaksa menuruti kehendak Nuha.

Aku Tanpa Cintamu

Syura ada jugak datang menasihati Nuha, tapi dia lansung tak nak dengar nasihat Syura. Belum kawin lagi, Nuha dah dikongkong oleh Adam. Ke mana je pergi mesti update. Bukan kah pelik. Kemudian, semua benda pasal Nuha... Dia nak ambik tahu, lepas tu update pulak dengan si ibu dia. Pendek kata, Adam sejenis anak emak dalam drama ni.

Kemudian, kerja pulak nak bayaran mahal. Padahal buat drama biasa-biasa je. Ramai penerbit tak suka dia, termasuklah uncle Joe... Iaitu pak lang Syura. Dahla sejenis panas baran. Tapi, semua tu tak nampak pun di mata Nuha sehinggalah dorang sah jadi suami isteri.

Adam mula tunjuk perangai dalam episod 3. Buat kerja lansung tak boleh diganggu. Bila Nuha bosan, berbual dengan ibunya di phone pun, Adam mula ambik port. Semua perbualan Nuha dan Ibunya pun dia nak tahu.

Bila kakak Nuha, Si Fatin dan suaminya datang ke rumah buat kejutan... Adam seperti layan tak layan je. Padahal Si Fatin datang untuk hadiahkan dorang pakej percutian honeymoon bersempena dengan wedding dorang.

Aku Tanpa Cintamu

Bukan tu je... Benda kecik je kot. Bukan sengaja punn... Bila baju dia, yang di seterika hangus oleh Nuha. Dia berabis marahkan Nuha dan terus keluar dari rumah berjumpa ibunya. Biasalahh dia, suka bagitau semua benda kat ibu dia. Nuha pulak dia larang. Tak boleh itu, ini lahhh... Jaga aib suami lah... Adoiii! Sakit hati betul tengok Adam buat perangai.

Bila nak pergi honeymoon pulak, ibu Adam satu hal. Sibuk nak ikut. Lepas tu, boleh pulak Adam lansung tak jaga hati Nuha. Asyik beralah je, bilik pun terpaksa tukar dengan ibu Adam... Konon-kononnya ibu Adam tak selesa guna katil single. Bila Fatin video call nak tengok bilik hotel... Nuha cuba elak, katanya Adam sedang tidur... So tak boleh nak tunjukkan. Sampai macam tu sekali Nuha jaga aib suami dan mertua dia.

Bila ibu Nuha datang ke rumah... Pun sama perangai Adam. Cepat-cepat keluar dan balik ke rumah ibunya. Seperti biasa dia akan mengadu dengan ibunya. Ibu dia pulak mulalah jadi batu api cakap itu ini. Kena ajar si Nuha sikit.

Kemudian, bila Nuha menyatakan hasrat untuk bekerja di pejabat papanya... Mulalah Adam mempersoalkan, Kononnya Nuha anggap dia tak mampu nak bagi makan pakai... Padahal, Nuha takde pulak beranggapan macam tu. Dah sudah, Nuha jadi serba salah. Adakah Nuha akan bekerja dengan papanya? Kenalah tunggu sambungan kisahnya pada malam ni dalam episod 4.

Overall, pada Fiza dalam episod 2 dan 3... Adam dah start tunjuk perangai. Tapi dek kerana cinta, mata Nuha dibutakan dengan kata-kata. Betul la kata papa Nuha... Better berkawan dulu, kenal hati budi... Barulah fikir pasal kawin. Ni tak... Terus kawin tanpa usul periksa. Kesannya, Nuha mulai nampak perangai sebenar Adam. Tapi tula, Nuha still menurut kata Adam lagi... Orang kata, masih lagi bersabar. Sabar manusia ada tahapnya. One day, pasti tak tahan jugak dengan perangai laki macam tu. Kan?

#akutanpacintamu
#samarindaTV3