Assalamualaikum,
Selamat Petang.
EPISOD 4, 5 DAN 6 AKU TANPA CINTAMU, PERANGAI ADAM MENJADI-JADI | Sambungan daripada episod 3. Kali ni Fiza marathon tengok 3 episod sekaligus. Apa yang dapat Fiza simpulkan dalam episod 4, 5 dan 6... Nampaknya, Nuha seperti kena buli dengan suami sendiri. Tunjuk kasih sayang pun dah macam tarik tali je Fiza tengok. Kejap Adam ok, kejap Adam tak Ok. Then, yang tak bestnyaa... Apa sahaja yang berlaku dalam rumahtangga Adam, Mama Adam mesti tahu.
Dalam episod 4, Adam membenarkan Nuha bekerja di syarikat papa Nuha, tapi bersyarat. Kerja rumah kena settle dahulu sebelum pergi kerja. Tu standard la kan. Kemudian, tak boleh bergaul dengan mana-mana lelaki. Nak pergi ke mana-mana, kena update dulu dengan dia. Pendek kata, Nuha dah start kena control dengan Adam.
Kemudian, dalam episod ni jugak... Fatin berjumpa dengan kawan lamanya Si Lindot a.k.a Linda lakonan Zaryn Min. Mereka saling bertukar cerita. Tapi, Kakak Si Nuha masih lagi tak tahu siapakah bekas suami kawannya. Linda merupakan bekas isteri pertama Adam. Ada dalam satu scene tu, Linda berjumpa dengan Adam untuk menuntut rumah dan kereta atas namanya.
Adam juga merupakan seorang yang terlalu rigit. Dia tak nak Nuha sediakan sarapan kalau tak mandi. Katanya susah rezeki nak masuk. Dalam episod 4 juga, kereta Adam kena tarik. 6 bulan kot tak bayar. Tapi Nuha Still tak tahu kisah sebenarnya, sebab Adam bagitau yang kereta dia rosak masuk bengkel. Satu lagi sikap Adam ialah suka menipu bini.
Nama pun anak orang kaya, bila Nuha dah bersetuju untuk bekerja di syarikat papanya... En. Idris bagi Nuha sebuah kereta untuk digunakan.
Dalam episod 5, Ibu Adam juga start bersuara dan masuk campur hal rumahtangga Nuha dan Adam. Katanya, apa guna ada isteri, kalau tak nak tolong suami. Suatu hari, Nuha mengetahui kereta Adam kena tarik. Mulalah Adam menggunakan Nuha dengan kata-kata manisnya. Bila Nuha tak nak tolong, Dia pergi pulak dengan ibunya. Adam pinjam duit ibunya semata-mata untuk ambil balik keretanya.
Dalam masa yang sama jugak, semasa Adam dan Nuha nak keluar makan... Tiba-tiba Hadi menelefon, katanya ada kes kecemasan dan dia tak boleh nak datang kerja untuk keesokkan harinya. Apalagi Adam, bila dengar je nama Hadi... Dia terus naik hantu, tak pasal-pasal Nuha kena lempang.
Kemudian, rezeki Adam... Sekali lagi ditawarkan untuk mengarah sebuah drama 12 episod. Kemain happy dia. Kali ni dia bekerjasama dengan seorang pelakon yang tengah hot bernama lydia.
Dalam episod 6, Adam teringinn nak ada kereta baru. Dia minat dengan sebuah kereta di syarikat papa Nuha. Dia mintak tolong dengan Nuha... Guna nama Nuha untuk submit pinjamann. Nanti duit pendahuluan dia bayar sendiri dengan menjual kereta lamanya. Bila dapat tahu Nuha dah submit loan, wah! Kemain Baik dia dengan Nuha... Siap masak malam untuk Nuha.
Masa makan malam tula Nuha bagitau loan lulus. Then, nak sediakan wang dalam 4K untuk urusan segala benda. Sekali... Bila Nuha mintak Adam sediakan wang tersebut, boleh pulak dia kata mintak tolong Nuha bayarkan dulu... Padahal sebelum ni dia kata yang dia akan sediakan. Bila Nuha tanya pasal duit hasil dari jual kereta lama... Katanya dia nak guna duit tu untuk benda lain. Arghhh sudah, main putar belit pulak...
Bila Nuha kata takde duit. Adam memandai je suruh pinjam dengan papa Nuha. Tapi Nuha menolak... Sebab papa Nuha kena warded disebabkan oleh masalah kesihatan. Seperti biasa, kalau Adam tak dapat sesuatu dari Nuha... Dia belah macam tu je. Port dia mesti ke rumah ibunya.
Selain tu, Adam jugak keluar dengan Lydia. Sampai satu hari, Syura kawan Nuha ternampak Adam dan Lydia. Bila Syura terserempak dengan Nuha di mall, Syura menceritakan apa yang dah Adam lakukan di luar.
Disebabkan tak tahu nak mengadu dengan siapa, Nuha turut meminjam duit dengan abang iparnya, Si Syed. Masa tu la, Nuha terserempak dengan ibu mertuanya. Disebabkan ibunya mengadu dengan Adam la, masa balik dari kerja... Adam terus masuk bilik tanpa bertegur pun dengan Nuha. Pelik! Nampak sayang dengan Nuha, tapi dia mendera mental Nuha dalam diam.
Di sisi lain pulak, dia sering keluar dengan Lydia. Satu malam bila balik, Nuha mintak Adam bayarkan hutang Syed. Dia mula malu, walaupun meminjam duit pada abang ipar sendiri. Kerana marahkan Nuha, dilibasnya gelas berisi air panas di tangan Nuha... Akibatnya, Nuha kepanasan. Tangan Nuha melecur. Melihatkan tangan Nuha melecur, boleh pulak dia dapatkan balik Nuha dan mintak maaf. Gila ke apa... Kejap ok, kejap tak ok.
Keesokannya, masa di pejabat Nuha dapat sejambak bunga Dari Adam. Disebabkan marah, Nuha buang bunga tersebut di tong sampah pantry pejabat. Hadi perasan dengan apa yang berlaku.
Kemudian, Hadi datang jumpa Nuha dan ternampak tangan Nuha melecur. Dek kerana desakan, akhirnya Nuha akur dengan pelawaan Hadi untuk membawanya ke klinik.
Semasa di klinik, Handphone Nuha ditinggalkan pada Hadi ketika mendapatkan rawatan. Tiba-tiba Adam call dan Hadi yang tolong angkatkan. Adam pesan suruh Nuha call balik. Rupanya Adam nak Nuha hantar kunci rumah.
Balik rumah, Nuha cari kunci dalam kereta Adam. Tak jumpa, tapi jumpa pulak wedges perempuan. Nuha curiga.
Disebabkan Nuha buat perangai kononnya di mata Adam. Adam boikot Nuha, sampaikan Nuha ke rumah ibu Adam mengadu yang Adam ada perempuan lain. Malangnya, Nuha pulak kena ceramah. Balik tu... Nuha nangis-nangis minta maaf dengan Adam. Adam maafkan Nuha dan episod 6 berakhir dengan scene makan malam mereka berdua... Di mana Nuha bertanya kepada Adam... Betulkah Adam ada hubungan sulit dengan Lydia. Nak tahu apakah yang berlaku seterusnya... Nanti Fiza update dalam ulasan episod 7 dan seterusnya ye.
Overall, perangai Adam semakin menjadi-jadi. Cemburu dia tu mengalahkan perempuan... Dan yang sedihnya, Nuha menjadi mangsa panas baran dia. Lepas tu, semua perbelanjaan Nuha mula tanggung. Tanpa perasaan malu, dia juga seorang pembohong. Sampai bila Nuha nak bersabar dengan Adam agaknya... Kalau Fiza, dah lama angkat kaki. 🤣😂
Haihh... Emo pulak Fiza tengokk drama ni.
#akutanpacintamu
#samarindatv3
3 Comments
Perangai macam adam ni selalu baca dalam page KRT - suami biawak hidup. Ramai je isteri2 kat luar sana yg mengadu suami dieorg ambik loan guna nama dieorg, tak bertanggungjawab, suka mengadu hal rumahtangga dgn mak, keluar dgn perempuan lain huhu... ni mmg kisah realiti kehidupan agaknya.
ReplyDeleteKan... Ada je suami macam ni rasanya dalam kehidupan sebenar. Kalau ada, better berpisahla lagi baik dari menanggung derita macam Nuha.
Deletekmk x penah nangga ceta tok di tv... sakit jiwa olehnya... nangga dr tiktok jak sikit²... jaga emosi... sak ati gilak dgn perangei laki mcm ya
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.