Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
PERKEMBANGAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN ANAK 2 TAHUN 6 BULAN | Semalam merupakan tarikh temujanji untuk pemeriksaan kesihatan Cik Dhi bagi umur 2 tahun 6 bulan. Memandangkan di tempat Fiza dah menjadi trend, di mana waktu petang memang tak ramai orang di klinik kesihatan. Jadi, Fiza lebih selesa pergi sebelah petang. Lagi pula, checkup kali ni... Takde vaksinasi dah, Cuma nak buat sukat tinggi, timbang berat dan nak tengok perkembangan Cik Dhi macam mana. Ok ke tak... Tu je.
Alhamdulillah, untuk checkup kali ni... Berat dan tinggi Cik Dhi still on track. Patutla berat sangat dah bila didukung, rupanya berat Cik Dhi sekarang ni dah pun 13.8kg.
Balik tu, nurse bagi ubat cacing untuk Cik Dhi makan sebelah malam... Pun takde isu nak makan. Bagi terus kunyah. Settle. Dia ingat gula-gula kot. Tu yang excited semacam bila dapat. Habis! Mintak lagi. Sabar jelah. 🤣😂
Dari segi perkembangan pulak, so far dia dah berani berbual dengan nurse. Setiap soalan yang nurse tanya, dia akan jawab. Bila nurse suruh ikut pergi tempat penimbang dan sukat... Dia excited mengikut dari belakang, sampaikan nurse pun geram tengok gelagat dia yang petah sangat bercakap. So far, perkembangan bahasa dia dah meluas. Boleh gabungkan banyak perkataan dalam satu masa. Pendek kata, pelat pun kurang. Cuma tu la, still lagi menyusu badan. Macam-macam dah Fiza cuba tips untuk bercerai susu, semuanya tak jalan. 🤔
Fiza dah try bagi susu dutch lady guna botol susu. Bukannya dia nak hisap, malah dia buat main masak-masak. Pening dibuatnya. Masuk dalam cup pulak, dia minum separuh je. Macam mana tu? Huhu...
Sabar jela ek! Suatu hari nanti dia akan berhenti menyusu jugak... Itu jela yang mampu encik suami cakap kat Fiza. Harap-harap la dia akan berhenti menyusu sebelum umur dia 3 tahun hendaknya. Kan?
Kemudian, sekarang ni kalau pintu pagar rumah tak di lock, dia boleh bukak sendiri dan bermain di luar rumah. Nak elak daripada benda tak diingini berlaku, sepanjang masa pintu rumah... Fiza tutup dan kunci... Kecuali kalau ada encik suami dan kakak-kakaknya di rumah jela baru bukak.
Selain tu, perkembangan sosial dia pulak so far so good. Dia dah berani untuk bergaul dengan budak-budak lain. Nampak la masa mak buat kenduri haritu di rumah... Dia dah tak takut dan nangis dah bila nampak orang asing, malah boleh pulak main sama-sama dengan anak-anak jiran mak. Alhamdulillah, bolehla Fiza tolong apa yang patut dengan aman.
Kalau tak... Macam sebelum ni masa umur dia 2 tahun ke bawah... Asyik tak nak lepas je keja dia. Nampak orang asing je, mesti menangis. Sampaikan Fiza tak boleh nak buat kerja. Begitulah antara cerita semalam semasa checkup Cik Dhi di klinik kesihatan.
Cepatnya masa berlalu, top-top Cik Dhi dah sebesar tu. Apa-apa pun, semoga anak-anak membesar dengan sihat hendaknya. Aamiin...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.