Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

ENDING EPISOD AKHIR DRAMA AKU TANPA CINTAMU TV3 | Dah lebih dari seminggu rasanya Fiza tak update blog. Semuanya gara-gara terlayan drama Korea di Netflix. Ulasan untuk Episod 7 sampai episod 14 untuk drama Aku Tanpa Cintamu pun Fiza tak update. Alih-alih terus update ending untuk episod last. Takpe la, yang penting Fiza nak share overall jalan ceritanya bagaimana. Nuha dengan Adam bercerai ke tak? Then, Puas hati ke tak dengan kesudahannya... Semuanya Fiza akan kongsikan di sini. 

ENDING AKU TANPA CINTAMU, SEDIH KE HAPPY?

First things First, Ramai yang benci dengan watak Adam dalam drama ni. Di media sosial ramai yang luahkan kebencian dorang, padahal drama je pun... kan!

Hakikatnya...

Tak mustahil, dalam kehidupan masyarakat kita yang sebenar pun... Ada je orang yang berperangai seperti Adam. Cumanya kita tak jumpa, dan yang mengalami saje tahu macam mana sengsaranya hidup sebumbung dengan orang macam Adam.

Sejak dari kawin lagi, hidup Nuha tak pernah gembira. Nak ke mana-mana, semuanya nak kena bagitau. Belanja rumah, bayar kereta... Hampir semuanya, Nuha tanggung semenjak Adam membenarkan Nuha bekerja di syarikat papanya. 

Tak cukup itu, Adam berani pinjam duit sebanyak 300 ribu daripada bapa mertuanya. Kononnya nak bukak syarikat produksi sendiri. Tapi, dalam diam Adam berskandal dengan pelakon bernama Lydia. Bila Nuha tahu dan serang Lydia... Nuha pulak dimarahkan dan dipersalahkannya di hadapan ibu Nuha. 

Hidup Nuha semakin tertekan bila mana Adam start memukul Nuha. Nuha cuba larikan diri. Pada mulanya Nuha berlembut untuk kembali semula dengan Adam dengan harapannn Adam akan berubah. Tapi, sikap Adam tak pernah berubah malah semakin menjadi-jadi bila mana bekas isterinya Linda berjaya bawa kes tuntutan harta sepencarian mereka sebelumnya ke Mahkamah.

Aku Tanpa cintamu

Semua rahsia Adam mulai terbongkar. Walaupun Nuha sudah berbadan dua, Nuha akhirnya nekad untuk bercerai dengan Adam. Adam mengenakan syarat ke atas Nuha sekiranya mahu meneruskan penceraian. Nuha turuti kehendak Adam. Akhirnya mereka bercerai jugak.

Kisah Aku Tanpa Cintamu berakhir dengan scene Adam jatuh tersungkur apabila Linda berjaya membuat tuntutan ke atas rumah dan kereta. Adam bertekak dengan mamanya. Dek kerana tak tahan dengan kata-kata mamanya, Adam memukul mamanya dengan pasu bunga. Mamanya disahkan koma dan Adam pula dipenjarakan atas tuduhan cubaan untuk membunuh. Walaupun pengakhirannya sedih, namun Nuha akhirnya bebas daripada menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental rumahtangga.

PENUTUP

Overall, drama ini sangat menarik untuk ditonton. Banyak pengajaran yang boleh kita dapati daripada drama ini. Namun, kesudahan drama ini tidaklah begitu kemas. Sepertinya terlalu cepat untuk menamatkan kisahnya. Not bad la. 

Walaubagaimana pun... Disebalik drama ini, kita diperlihatkan dengan satu watak bernama Adam. Memiliki masalah mental yang dikenali sebagai gangguan keperibadian Narsistik. Apa itu Narsistik? Narsistik adalah suatu keadaan di mana seseorang itu akan menganggap dirinya sangat penting dan hendaklah dikagumi.

Untuk pengetahuan semua, pengidap gangguan ini hampir selalu merasakan dirinya lebih baik dibandingkan dengan orang lain. No wonder lah, Adam seringkali memanipulasikan Nuha semata-mata untuk sentiasa kelihatan 'hebat' di hadapan mertuanya. Malah dia jugak seringkali 'angkat bakul' sendiri di depan papa Nuha. Antara gejala yang jelas Adam dikatakan sebagai seorang yang Narsistik adalah seperti berikut :-
  1. Gagal untuk memahami perasaan orang lain sehingga sulit menjaga hubungannya dengan Nuha dan orang lain.
  2. Percaya bahawa orang lain iri hati terhadap dirinya. Setiap Kali tak dapat job mengarahkan drama, Adam akan naik hantu konon-kononnya orang tak tahu nak hargai kehebatannya dalam mengarah drama.
  3. Kemudian, dia juga bersikap mengambil keuntungan dari orang lain. Contohnya, Adam sering mempergunakan Nuha untuk memenuhi kehendaknya... Sampaikan bayar kereta dan modal buka syarikat produksinya juga keluarga Nuha yang tanggung. Ibarat Nuha sebenarnya memelihara biawak hidup.
  4. Menampilkan diri sebagai seorang yang keras kepala tanpa segan silu juga Salah satu sikap seorang yang narsistik. Contohnya, tanpa malu... Adam sanggup pukul Hadi di pejabat bapa mertuanya. Begitu juga di rumah mertuanya, dia sanggup nak pukul Nuha dengan kayu golf semata-mata nak bawa Nuha balik semula kepadanya.
Tu antara gejala yang jelas ditunjukkan dalam watak Adam based on apa yang diterangkan di laman halodoc. Boleh dirawat tak penyakit ni? Mestilah boleh. Berdasarkan sumber, rawatan boleh dilakukan dengan terapi seperti mengunjungi pakar psikologi atau terapi di rumah melibatkan ahli keluarga. 

Dalam kes Nuha, dia tak tahu pun Adam seorang Narsistik sehinggalah kakaknya Fatin bagitau. Mereka jarang berbual seperti pasangan suami isteri yang lain. Semua keputusan Adam yang tentukan. Nuha takde hak untuk bersuara. Bila bersuara je, dianggap melawan. 

Pada Fiza, keputusan Nuha untuk bercerai dengan Adam adalah suatu keputusan yang sangat bijak. Sampai bila nak hidup menderita right. Lainlah kalau Adam sanggup untuk berubah dan bersungguh-sungguh untuk dapatkan rawatan. Maybe hubungan mereka boleh diselamatkan.

Tapi, melihatkan perangai Adam dalam episod akhir yang sanggup pukul mamanya sendiri. Itu dah teruk dah tu. Betul tak? Pada mereka yang ada pasangan macam ni... Better dapatkan rawatan sekiranya masih lagi sayang akan rumahtangga korang. Hidup ni bukan untuk sehari dua je. Tapi untuk bertahun-tahun lamanya. Buatlah pilihan yang terbaik.

Begitulah kisah dan ulasan Fiza tentang drama Aku Tanpa Cintamu. Untuk drama yang menggantikan drama ni, nanti Fiza update okeh! Have a nice day. ✌️

#SamarindaTV3
#akutanpacintamutv3