Assalamualaikum,
Selamat Petang.

CARA MENYIMPAN SERAI AGAR TAHAN LAMA DI DALAM PETI SEJUK | Bulan lepas Fiza jarang update blog gara-gara sibuk dengan urusan anak-anak. In Shaa Allah, bulan ni jika takde aral melintang... Fiza akan kembali aktif berblog. Mudah-mudahan hendaknya. Aamiin...

Sebenarnya, blogpost ni dah lama tau terperam di dalam draft. Tengok tarikh pun bulan Januari yang lalu. Walaubagaimana pun, sebagai permulaan semangat kembali berblog... Fiza kongsikan jugak di sini sebagai panduan. 

CARA SIMPAN SERAI SUPAYA TAK KERING DAN CEPAT ROSAK

Bagi yang menanam sendiri serai, rasanya tak timbul pun isu untuk menyimpan stok serai di rumah. Betul tak? Nak guna je, petik terus di belakang rumah. Lagi fresh. Kan!

Informasi

Tapi, bagi yang takde menanam serai... Sudah pastinya ingin mengetahui, apakah cara terbaik untuk menyimpan lebihan serai yang telah digunakan. Caranya mudah sahaja... Cuci bersih serai, then rendam di dalam bekas berisi air, air hendaklah sama paras dengan serai yang telah dipotong. Tutup dan simpan di dalam peti sejuk. Tukar air sekali dalam masa 2 hari agar air rendamannya tak membusuk. Cara ni juga boleh digunakan untuk menyimpan halia, lengkuas dan kunyit.

Kemudian, korang mesti akan tanya kan... Berapa lama serai tu akan tahan? Honestly, bagi Fiza la kan... Cara ni akan tahan selama seminggu je... Sebab ia akan mulai menghitam pada bahagian dalam serai pada hari ke-6 atau ke-7. Lagipun, kebiasaannya kita akan beli untuk stok seminggu je kot. Jadi, cara ni adalah solusi terbaik untuk menyimpan lebihan serai yang telah kita gunakan.

Mungkin korang ada cara lagi bagus, bolehla kongsikan di ruangan komen. Siapa tahu boleh membantu kita semua.

Informasi

Jika nak menanam sendiri serai pun tak susah sebenarnya. Serai yang dibeli tu, boleh direndam selama beberapa hari. Bila nampak akar dah tumbuh... Bolehla ditanam di dalam pasu atau di atas tanah. Penjagaan pun senang. Tak perlu nak siram sangat, yang penting pencahayaan tempat penanamannya tak tertutup. Confirm! Hidup subur. 

Tu je kot yang Fiza nak share untuk first entry bagi bulan November.

Thank you. ✌️