Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

CARA BUAT DUIT TANPA MODAL SECARA ONLINE DENGAN MUDAH| Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza kongsikan sesuatu yang bermanfaat terutamanya buat mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging.

Jadi, blogpost hari ini Fiza nak kongsikan satu ilmu penting untuk semua bagaimana cara nak menjana pendapatan melalui blog tanpa mengeluarkan modal satu sen pun. Percaya tak? Disebabkan Fiza dah pun berjaya raih pendapatan la, Fiza berani kongsikannya di sini.

Pernah dengar tak tentang Intellifluence? 

Apa Itu Intellifluence?

Intellifluence adalah platform pemasaran yang membantu pelbagai jenama untuk bekerjasama dengan ramai influencer seluruh negara bagi mencapai jaringan pemasaran yang lebih baik. 

Banyak jenama besar dan kecil yang menjadikan laman Intellifluence sebagai medium pemasaran mereka kerana servis dan sistem mereka yang mudah dan mampu menghubungkan jenama-jenama ini dengan sasaran influencer yang tepat mengikut niche mereka. 

Dengan adanya platform ini, peluang untuk kita buat duit dalam USD sangat cerah. Apa yang paling penting, langkah pertama... Adalah mendaftar secara PERCUMA DI SINI.

Kemudian, TIPS untuk dapatkan job dengan mudah dari marketplace Intellifluence ialah kena lengkapkan profile dan Bio kita dengan selengkapnya. Kena capai 80% ke atas ye. Lagi bagus 100% okeh!

Alhamdulillah, berkat usaha Fiza dah berjaya jana sedikit income melalui platform ini. Berikut adalah sedikit bukti pembayaran yang telah dan bakal Fiza terima dari Intellifluence. Bayaran akan dibuat setiap hari Jumaat, di mana akan dimasukkan ke dalam akaun PayPal. Takde akaun PayPal? Kenalah daftar jugak ye.

Gambar bukti pembayaran Intellifluence
Lepas tu bolehla transfer masuk mana-mana akaun. Macam Fiza, Fiza akan terus transfer ke akaun bank sebaik sahaja dapat notification email pembayaran dari PayPal. 😜🤪😂. So, hari Isnin petang dah masuk dah... Iaitu selepas dua hari pembayaran dibuat.

Bagaimana Nak Dapatkan Job Dari Intellifluence?

Okeh! Bila dah daftar dan profile pun dah capai 80% ke atas, bolehla tengok di bahagian marketplace. Kat situ akan ada senarai job yang kita boleh apply mengikut kesesuaian. Pendek kata ianya menyokong pelbagai jenis media sosial yang ada seperti Instagram, Twitter, Blog dan sebagainya. Apa yang penting, kita kena faham betul-betul apa yang dorang nak ye. Macam Fiza, Fiza lebih suka apply job yang melibatkan reviews di blog. Bila dah minat, boleh hantar mesej tanya samaada kita boleh join ke tidak sesuatu kempen tersebut. 

Intellifluence

Bila mereka reply kata boleh. Maka, hantarlah permohonan. Setelah diterima, dorang akan berikan requirement untuk tugasan. Jika tak faham, boleh ajukan soalan. Dah siap, hantar job sebelum tarikh akhir yang telah ditetapkan. Nanti mereka akan buat reviews. Jika berlaku sebarang kesilapan atau ketidakpuasan hati, dorang akan suruh edit je. Lepas tu resubmit url blog post tu balik. Dorang tak akan reject, cuma dorang suruh ubah balik apa yang patut. Bila dah completed. Final part, tunggu bayaran daripada mereka. Sangat mudah. 

Jika korang berminat, bolehla daftar di link di bawah ye. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk pendaftaran. Jangan risau PERCUMA, Ok!


Akhir sekali, nak mudah bolehla muatturun aplikasi Intellifluence di Play store. Mereka juga turut menyediakan aplikasi Intellifluence bagi memudahkan orang ramai untuk akses menggunakan handphone ataupun tablet. Rugi kalau tak cuba. Masa ni la kita kena rebut peluang yang ada untuk menjana pendapatan. Betul tak?

#Intellifluence