Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

RANCANG BELANJAWAN KELUARGA DENGAN MUDAH MENGGUNAKAN CALCULATOR.ME | Dari segi takrifan, rancangan belanjawan atau bajet merujuk kepada cara bagaimana seseorang perlu mengimbangi wang yang ada dengan wang yang dibelanjakan. 

Ianya merupakan satu rancangan untuk menguruskan kewangan dengan cara terbaik bagi mencapai keperluan dan kemahuan peribadi. Membuat anggaran atau peruntukan perbelanjaan bagi memenuhi sesuatu keperluan untuk satu jangka masa tertentu misalnya sebulan atau setahun juga adalah disebut sebagai aktiviti rancangan perbelanjaan.

Tujuan utama penyediaan bajet adalah untuk memastikan wang yang dibelanja tidak melebihi pendapatan yang diterima, di samping mengajar seseorang agar dapat berjimat dan menjadi pengguna yang berhemah.

Ramai orang yang tidak memahami bahawa menyediakan rancangan perbelanjaan bukanlah bertujuan untuk menyekat perbelanjaan tetapi sebenarnya ia menggalakkan kita untuk membuat peruntukan keperluan hidup mengikut keutamaan dan kepentingan.

Dalam bahasa yang mudah ia membantu kita hidup mengikut kemampuan masing-masing yang bersifat subjektif. Berikut adalah merupakan beberapa kelebihan rancangan perbelanjaan. Antaranya :-
  1. Membantu menentukan kedudukan isi rumah.
  2. Mengukur kemajuan matlamat kewangan yang telah ditetapkan
  3. Mengawal dan memantau perbelanjaan isi rumah
  4. Memupuk tabiat mengurus wang dengan lebih baik
  5. Menyediakan dana kecemasan dan
  6. Membekalkan maklumat yang boleh digunakan untuk penyediaan cukai pendapatan

Panduan Penyediaan Rancangan Perbelanjaan (Bajet)

Seorang pakar kewangan peribadi dan penulis buku terkenal iaitu Dave Ramsey telah mencadangkan peratusan perbelanjaan yang boleh diperuntukkan mengikut kategori item perbelanjaan untuk dijadikan sebagai panduan. Antaranya adalah seperti berikut :-
  1. Simpanan (10%)
  2. Makanan (10-15%)
  3. Utiliti (5-10%)
  4. Perumahan (25%)
  5. Pengangkutan (10%)
  6. Kesihatan (5-10%)
  7. Insurans (10-25%)
  8. Rekreasi (5-10%)
  9. Perbelanjaan Peribadi (5-10%)
  10. Pemberian (10%)
  11. Lain-lain (5-10%)
Dulu ketika gajet belum lagi wujud, kita sering menggunakan kertas untuk menyenaraikan rancangan perbelanjaan kita dan kalkulator pula sebagai alat untuk mengira maklumat yang kita telah catatkan. Agak remehla kerana kita terpaksa kira satu persatu. Kan?

Namun sekarang, untuk mengira bajet amatlah mudah dengan adanya laman family budget planner di calculator.me yang mana kita hanya perlu memasukkan nilai gaji dan kemudian semuanya akan dikira secara automatik. Sangat praktikal dan cepat. Contohnya, Fiza telah memasukkan $2000 sebagai pendapatan. Apabila ditekan pada butang convert to Amounts, secara automatik... Kiraan untuk setiap perbelanjaan akan keluar serentak tanpa perlu membuat kiraan dan hasil daripada data yang telah Fiza masukkan di laman tersebut adalah seperti dibawah. 

Laman

Sangat mudah. Jadi, mulai dari sekarang kita dah tak ada masalah pun untuk mengira belanjawan setiap bulan ataupun tahun. Semuanya ada di hujung jari. Sekarang ni kita kena berbelanja dengan berhemah. Beli ikut keperluan dan bukannya kemahuan. Sekurang-kurangnya kita ada sedikit simpanan untuk tujuan kecemasan. 

Sekarang ni lagilah, ramai pakar ekonomi dari luar negara yang mengatakan tahun hadapan dunia akan mengalami fasa kemelesetan ekonomi. Jadi, kita kenalah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Betul tak? Salah satu caranya kenalah rancang perbelanjaan sebaik yang mungkin supaya tak terkesan. In Shaa Allah...

Korang pernah guna laman ni untuk merancang perbelanjaan korang?