Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

KOBIS TUMIS SANTAN, MENU SIMPLE UNTUK LUNCH | Sementara Cik D masih tidur, kita update dulu apa yang patut. Dhiaa... Kalau dah bangunn, jangan harapla nak update blog. So, kita ambik peluang yang ada dengan berkongsikan satu lagi menu simple untuk makan tengahari. Menu semalam sebenarnya. 

RESEPI KOBIS MASAK LEMAK

Semalam... Selain kobis masak santan, Fiza ada jugak sediakan menu ayam masak kicap dan betik fresh dari kebun encik suami. Cukupla untuk makan tengahari. 

Memandangkan tak pernah lagi update pasal menu sayur kobis. So, kita kongsikannya di sini. Sebenarnya, nak tumis kobis campur dengan santan ni... Bukanla sejenis menu yang susah pun untuk dimasak. Malah, main campak-campak je pun... Sedap!. Bahan yang diperlukan pun sikit je. Antaranya :-
  1. Kobis semangkuk yang telah dipotong
  2. Bawang putih 5 biji
  3. Bawang merah 3 biji
  4. Cili ikut kepedasan masing-masing
  5. Udang kering 
  6. Perencah secukup rasa Maggie
  7. Minyak untuk menumis
  8. Santan kotak
  9. Sedikit air
Resepi mudah

Cara memasaknya pulak, pertama tumbuk bawang merah, bawang putih, Cili dan udang kering. Panaskan minyak. Bila minyak dah masak, masukkan bahan yang telah ditumbuk halus. Kemudian, bila dah naik bau... Masukkan sayur kobis dan air mengikut kesesuaian. Masukkan santan dan perasakan dengan perencah secukup rasa Maggie. Tunggu 5 ke 7 minit bolehla angkat. 

Mudah kan?

Anak-anak Fiza pun suka makan sayur kobis masak santan ni. Tapi, kalau kita masih menyusukan anakk... Better elakkan makan sayur kobis. Berdasarkan pengalaman sendiri masa anak pertama dulu, lama jugak susu drop gara-gara Fiza makan kobis masa tu... Al-maklumla anak pertama, semua benda kita tak tahu. So, bantai jela. Kan? Tapi, nasib baik masa tu ambik pil untuk meriahkan susu balik. Bila anak kedua dan ketigaaa... Dah tahu mana satu makanan yang boleh kurangkan susu, yang tu Fiza elakkan. 

Walaubagaimana pun, setiap orang berbeza penerimaannya. Ada jugak yang boleh makan kobis dan takde effect lansung pun terhadap pengurangan susu badan... Fiza cerita pun best on apa yang Fiza alami. Pengalaman mengajar kita untukk jadi lebih baikk... Betul tak?

Alhamdulillah, setelah mengharungi pelbagai cabaran... Fiza berjaya susukan anak-anak Fiza sampai 6 bulan dan seterusnya ke usia 2 tahun lebih. Now, Nur Dhia dah 2 tahun 9 bulan... Dalam fasa bercerai susu. Huhu... Sedih jugak bila nak bercerai susu ni. Tapi apa kan daya... Susu semakin berkurangan dah. So far dah seminggu ni dalam sehari sekali je dia nak mengempeng, selebihnya minum susu guna cawan. Semoga proses bercerai susu Nur Dhia dipermudahkan hendaknya.

Akhir kata... Alhamdulillah, untuk rezeki kali ini. Menu tengahari ni, tak tahu lagi nak masak apa. 🤔🤭

#resepimudah
#kobismasaksantan