Assalamualaikum,
Selamat Petang.

KU AKAD KAU DENGAN BISMILLAH TV3 | Selepas drama Kerana cinta itu ada, para penonton akan disajikan dengan drama terbaru adaptasi daripada novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah karya Wawa Akil akan mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod terbitan Nuansa Sdn Bhd, diarahkan oleh Osman Ali ini akan menampilkan gandingan Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah sebagai pelakon utama. Ia akan mulai bersiaran pada 6 Februari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam di TV3 atau strim di tonton.com.my. Berikut ringkasan info mengenai keseluruhan drama ini.

Episod : 28
Tarikh Tayangan : 6 Februari 2023
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian : Akasia TV3 / tonton
Penulis Skrip : Mimie Zakaria & Farah Izzati
Pengarah : Osman Ali & Yus Yusop
Produksi : Nuansa Sdn Bhd

Drama jam 7 tv3

Watak Pelakon

Kemudian, untuk barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ini pula adalah seperti berikut :-
  1. Sophia AlBarakbah sebagai Raisya Hannah 
  2. Aliff Aziz sebagai Luth Mikail
  3. Shah Iskandar sebagai Adam Zikry
  4. Jasmine Suraya sebagai Maira
  5. Zaki Azeman sebagai Lukman Hakim
  6. Didi Astillah sebagai Aqilah
  7. Halim Radzi sebagai Haikal
  8. Letchumi Sandraj sebagai Reena
  9. Jasper Supayah sebagai Najia
  10. Jasmin Hamid sebagai Datin Safiah
  11. Kuna Muzani sebagai Umi
  12. Shahidan Izwan sebagai Aidil
  13. Hilal Azman sebagai Zahid
  14. Zack Zabhas sebagai Dato Muzaffar 
  15. Ammar Bahri sebagai Manan
  16. Ayu Ayuni sebagai Alia
  17. Syrul Ezwan sebagai Raziq
  18. Adwafri Shah sebagai Kamarul
  19. Een Efendi sebagai Maksu
  20. Raja Nor Baizura sebagai Datin Rozita
  21. Suraya Ghani sebagai Mak Ngah
  22. Saiful Ghaz sebagai Bazli
  23. Addin Baharudin sebagai Firdaus
  24. Naim Shamshol sebagai Fahmi

Sinopsis Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Drama ini mengisahkan tentang Raisya Hanna, seorang gadis yang dimangsai oleh fitnah manusia lantaran sifat cemburu dan iri hati. Angkara kejadian tersebut telah melontar jauh Raisya Hanna terdampar di sebuah sudut sepi dan dingin di pinggiran pergunungan Kinabalu. Pertemuan kembali dengan lelaki yang dianggap penghancur kehidupan silamnya telah membina kembali sebuah sinar baru namun Raisya Hanna menganggapnya sebagai sebuah pembalasan dendam semata mata. Sejauh manakah ikatan cinta atas landasan dendam itu dapat berkekalan hingga ke hujung nyawa?

Sinopsis Novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Menjadi seorang Hannah atau Raisya Hannah Abdul Halim bukan mudah. Maruahnya luruh sekelip mata. Di sampingnya, lelaki tidak dikenali tanpa sehelai benang melilit tubuhnya.

Apa dayanya tika itu. Hanya tangisan mengiringi. Hatinya lumat, jiwanya hancur. Maruahnya tercemar. Kerana peristiwa itu dia nekad membawa diri. Meninggalkan segala yang disayangi di bumi bertuah.

Menjadi Luth Mikail juga bukannya mudah. Gadis itu tidak dikenali tetapi gadis itu terjerat dengan musuh perniagaannya. Tatkala dia bangun pagi itu semuanya musnah. Reputasi dirinya hancur dek khianat dan benci.

Lima tahun dia mencari gadis itu. Mengusung bersama penyesalan yang bukan sedikit. Kerana dia, gadis tak berdosa menjadi mangsa. Kerana dia juga seluruh hidup gadis itu musnah dan kerana gadis itu juga dia berubah.

Pertemuan yang tidak diduga membuatkan jiwa Luth Mikail yang mati selama ini hidup kembali. Mereka disatukan tetapi lelaki itu tahu jiwa wanita bernama Raisya Hannah sudah lama mati.

“Abang mohon maaf atas semua kesalahan abang selama ini. Abang mengambil setiap kesalahan abang itu sebagai hukuman untuk abang,” – Luth Mikail

“Awak ingat senang-senang untuk saya maafkan awak? Lima tahun saya membenci diri sendiri. Jijik dengan tubuh sendiri. Walaupun dicuci dan dibilas dengan berbaldi-baldi air belum tentu mampu menghilangkan kekotoran itu,” – Hannah

Bagaimana kesudahan cerita mereka. Mampukah Luth Mikail melenturkan kebencian si isteri dan mampukah Hannah berterusan membenci suami sendiri. Mampukah mahligai itu bertahan? Semua itu terjawab dalam Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Nota Kaki : Dengar khabar Aliff dan Sophia ada skandal. Betul atau tak. Ke... Gimik untuk promo drama ni. Wallahu'alam.... Part tu Fiza tak nak ulas. Takut nanti tak betul, jatuh fitnah pulak. 

#dramatv3
#akasiatv3
#kuakadkaudenganbismillah