Assalamualaikum,
Selamat Petang.

DAH DAPAT RESULT TFT UNTUK HYPERTIROID | 3 Februari 2023 merupakan temujanji Fiza dengan doktor untuk trace keputusan darah Fiza semasa warded haritu. Range untuk normal tiroid adalah 20 paling tinggi. Ni bergantung dengan lab tempat masing-masing ye. Range ada yang tak sama. Jadi, Fiza punya pulak 21.3. Jika takde simptom, doktor kata masih lagi normal dan tak perlu makan ubat.

Memandangkan Fiza ada simptom, akhirnya diberi ubat Carbimazole 4 biji sekali sehari dan ubat Propranolol ½ biji, makan 2 kali sehari. Dua-dua ubat ni boleh dimakan sebelum atau selepas makan. Tapi, Fiza pilih untuk ambik ubat tersebut selepas makan. Tu part result TFT dan ubat.

Manakala untuk scan leher pulak, doktor dah bagi tarikh temujanji... 3 Julai 2023 di Hospital Sri Aman. Then untuk check jantung pulak pada 11 dan 12 Mei 2023 di Pusat Jantung Samarahan.

APA YANG DIRASAI DAN DIALAMI BILA DISAHKAN SEBAGAI PENGHIDAP HYPERTIROIDISME?

Mula-mula bila masuk ward dan disahkan menghadapi hypertiroidisme. Fiza jadi blur dan tak tahu nak kata apa. Fiza lalui rawatan seperti biasa. Mula-mula tu tak boleh nak terima jugak. That why, blog pun lama tak update. 

Bila dah join group tiroid dan anda (ORI) sikit-sikit Fiza dah boleh terima tentang penyakit hipertiroid ni. Walaupun kekadang ada masa akan down jugak. Al-maklumlah, penyakit yang melibatkan hormon payah jugak nak dirungkaikan. If korang nak tahu lebih details tentang penyakit ni, try search di laman hellodoctor yea. Fiza malas nak terangkan satu-satu. Takut boleh trigger panik pulak. 

Fiza redha dengan ketentuan Allah. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Untuk memotivasikan diri... Fiza selalu layan live agama di Tiktok. Dengan penyakit ni jugak, Fiza rasa Fiza lebih mendekatkan diri dengan Allah... Kalau dulu ada masa jugak Fiza culas. Allahu Akhbar...

Ubat
Bekalan ubat untuk 2 bulan akan datang, harap lepas ambik darah nanti... Resultnya normal

Fiza tak pernah skip ubat. So far, Alhamdulillah Fiza mampu jalani rutin harian seperti biasa. Waktu makan, pemakanan dan istirehat semua Fiza jaga dah sekarang ni... Fastfood, gula dan makanan berasaskan tepung semua Fiza kurangkan.

Tapi...

Ada ketika, rasa down tu akan muncul jugak... Untuk menghilangkannya, Fiza banyak habiskan masa dengan membaca Al-quran dan Yasin. Entahlah, lately ni Fiza mudah tersentuh. That why, lansung tak nak berjauhan dengan family dan suami. 

Apa-apa pun cukup dulu untuk kali ni, doakan Fiza yea semoga Fiza terus positif dalam menjalani rawatan untuk penyakit ni. 

Lama tak update blog. Terasa rindu pulak nak singgah di blog korang.