Assalamualaikum,
Selamat Petang.
DAH DAPAT RESULT TFT UNTUK HYPERTIROID | 3 Februari 2023 merupakan temujanji Fiza dengan doktor untuk trace keputusan darah Fiza semasa warded haritu. Range untuk normal tiroid adalah 20 paling tinggi. Ni bergantung dengan lab tempat masing-masing ye. Range ada yang tak sama. Jadi, Fiza punya pulak 21.3. Jika takde simptom, doktor kata masih lagi normal dan tak perlu makan ubat.
Memandangkan Fiza ada simptom, akhirnya diberi ubat Carbimazole 4 biji sekali sehari dan ubat Propranolol ½ biji, makan 2 kali sehari. Dua-dua ubat ni boleh dimakan sebelum atau selepas makan. Tapi, Fiza pilih untuk ambik ubat tersebut selepas makan. Tu part result TFT dan ubat.
Manakala untuk scan leher pulak, doktor dah bagi tarikh temujanji... 3 Julai 2023 di Hospital Sri Aman. Then untuk check jantung pulak pada 11 dan 12 Mei 2023 di Pusat Jantung Samarahan.
APA YANG DIRASAI DAN DIALAMI BILA DISAHKAN SEBAGAI PENGHIDAP HYPERTIROIDISME?
Mula-mula bila masuk ward dan disahkan menghadapi hypertiroidisme. Fiza jadi blur dan tak tahu nak kata apa. Fiza lalui rawatan seperti biasa. Mula-mula tu tak boleh nak terima jugak. That why, blog pun lama tak update.
Bila dah join group tiroid dan anda (ORI) sikit-sikit Fiza dah boleh terima tentang penyakit hipertiroid ni. Walaupun kekadang ada masa akan down jugak. Al-maklumlah, penyakit yang melibatkan hormon payah jugak nak dirungkaikan. If korang nak tahu lebih details tentang penyakit ni, try search di laman hellodoctor yea. Fiza malas nak terangkan satu-satu. Takut boleh trigger panik pulak.
Fiza redha dengan ketentuan Allah. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Untuk memotivasikan diri... Fiza selalu layan live agama di Tiktok. Dengan penyakit ni jugak, Fiza rasa Fiza lebih mendekatkan diri dengan Allah... Kalau dulu ada masa jugak Fiza culas. Allahu Akhbar...
Bekalan ubat untuk 2 bulan akan datang, harap lepas ambik darah nanti... Resultnya normal |
Fiza tak pernah skip ubat. So far, Alhamdulillah Fiza mampu jalani rutin harian seperti biasa. Waktu makan, pemakanan dan istirehat semua Fiza jaga dah sekarang ni... Fastfood, gula dan makanan berasaskan tepung semua Fiza kurangkan.
Tapi...
Ada ketika, rasa down tu akan muncul jugak... Untuk menghilangkannya, Fiza banyak habiskan masa dengan membaca Al-quran dan Yasin. Entahlah, lately ni Fiza mudah tersentuh. That why, lansung tak nak berjauhan dengan family dan suami.
Apa-apa pun cukup dulu untuk kali ni, doakan Fiza yea semoga Fiza terus positif dalam menjalani rawatan untuk penyakit ni.
Lama tak update blog. Terasa rindu pulak nak singgah di blog korang.
6 Comments
Allahuakbar sebak rasa...kuatkan semangat ye fiza jangan difikirkan sangat yang sedih2 tu sentiasa fikir positive..InsyaAllah fiza akan sembuh sihat seperti biasa...kami sentiasa doakan moga semua yg baik2 utk fiza
ReplyDeleteTerima Kasih atas kata-kata semangat dan doa Afzan tu. Semoga segala urusan kita sama-sama dipermudahkan hendaknya. Aamiin...
DeleteSemoga Fiza kuatkan semangat ya. InsyaAllah Fiza akan kembali sihat. I know how you feel but I hope you have strength and courage to fight this disease. Aini sentiasa doakan Fiza sihat selalu..
ReplyDeletesemoga sentiasa kuat dan diberikan kesembuhan..
ReplyDeleteInsha Allah, ujian yang hebat utk org2 yg hebat. Semoga penyakit tok menjadi penghapus dosa dan mendekatkan diri kitak kepada Allah. Semoga lekas sembuh sis 🤲🏻
ReplyDeleteNice post thank you Jamie
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.