Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

SIMPTOMS BERKURANG BILA KONSISTEN MAKAN UBAT | Dah 3 minggu lebih tak update blog. Baru harini terasa keinginan untuk berkongsi cerita di sini. So far takde cerita sangat buat masa ni. Fiza tengah cari rentak untuk kembali berblogging.

Alhamdulillah, setelah dua bulan lebih makan ubat untuk hypertiroid tanpa tinggal... Then, jaga makan. Cut off gula dan tepung. Disiplin tidur awal setiap malam. So far, Simptoms hypertiroid yang Fiza hadapi sebelum ini semakin berkurangan. Alhamdulillah di atas segala nikmat yang telah Allah berikan. Fiza berasa semakin sihat dan boleh melakukan aktiviti seharian seperti sediakala. 

Walaupun ramai yang kata penyakit ni seumur hidup. Then, kalau baik pun akan berulang. Fiza redha dan akan cuba untuk positifkan diri sendiri. Tipula kalau tak down kan. Tapi, sampai bila nak down sedangkan  Fiza ada keluarga untuk diuruskan. Lagipun, kalau difikirkan... Ada lagii orang yang lebih berat ujian yang Allah bagi. Anggap setiap ujian itu sebagai tanda sayang Allah kepada kita agar sentiasa mendekatkan diri padaNYA.

Kan?

Ucapan

Apa-apa pun, cukupla dulu untuk entry pertama bulan April ni, Fiza nak ucapkan selamat berpuasa buat semua umat Islam khususnya buat rakan-rakan blogger yang sudi singgah di blog Fiza. Tanpa korang sunyilah blog Fiza. Kepada yang dah singgah di blog Fiza, nanti Fiza balas kunjungan korang ye.

Terima Kasih semua. Salam Ramadan.