Assalamualaikum,
Selamat Petang.

CERITA PASANG HOLTER KALI KEDUA DI PUSAT JANTUNG | Alhamdulillah, encik suami cuti 3 hari untuk temankan Fiza ke Pusat Jantung Samarahan. Actually ada dua urusan disebabkan hypertiroid. Harini pasang holter 24 jam. Walaupun dalam borang di general ward. Tapi sebenarnya pasang terus boleh bawa balik. Esok datang balik untuk buka dan ambil keputusan.

Lepas tu, Fiza akan ada echo jantung pulak... Untuk scan. Ya Allah,Mudah-mudahan baik-baik aje seperti sebelum ni hendaknya. Aamiin...

Nak share jugaklah gelagat sepanjang waktu menunggu di unit jantung tadi. Agak terkejut jugaklah tengok ramainya yang berurusan di unit tu... Yelah, pada tahun 2020 masa first time Fiza berurusan di situ... Sunyi je di ruangan menunggu. Pendek kata, banyak ruang kerusi yang kosong. Tapi kali ni, punyala ramai yang berurusan sampaikan takde tempat duduk dan terpaksa berdiri. Staf kat situ pun tak menang tangan. Sibuk memanjang... Adakah selepas pandemik ni, ramai yang ada masalah jantung? Wallahu'alam...

Dalam masa yang sama, sepatutnya dalam borang... Siapa yang akan buat holter, kena bawa bateri double A Energizer. Tapi jabatan tu dah tak guna double A, sebaliknya triple A... Argh sudah. Nasib baik la ada mamat cina ni sedekahkan sebiji bateri pada Fiza. Fiza nak ganti, dia tak mau. See, orang Malaysia memang pemurah... Tak kiralah bangsa apa pun. Then, ada satu Kes ni, sorang makcik di kaunter ada masalah sama macam Fiza. Masalah bateri. Tetiba makcik Iban sebelah Fiza bangun dan sedekahkan bateri dengan makcik di kaunter tersebut. Tengok ramai je yang baik hati sebenarnya. Kan?

Sempat la jugak sembang dengan makcik Iban sebelah Fiza tu. Tapi tak puas sembang terus kena panggil. Rupanya dia pun penghidap hipertiroid sejak 2004 lagi dan selalu ke Pusat Jantung. Dia pun still makan ubat dan pernah buat rawatan iodine. Sayang... Tak sempat nak bertanya dengan lebih lanjut... Dah kena panggil dengan staf kat situ. Hurmmm... 

Siap pasang holter... Terus balik. Sempat la jugak singgah di eco Samarahan. Beli barang sikit... Lepas tu terus balik rumah. Tak larat, cuaca panas membahang. Siapa penghidap hyperthyroidism, mesti ada masalah tak tahan panas. Kan?

Informasi

Mudah-mudahan esok dapatla jumpa makcik tu balik. Bolehla dengar pengalaman dari dia sepanjang menghidapi hypertiroid. Penyakit ni, nampak macam sihat... Hakikatnya hormon kacau bilau. Walaubagaimana pun, Fiza redha dengan ketentuan Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kan?

Nanti Fiza sambung dengan kisah echo pulak ye.

Sekian...