Assalamualaikum,
Selamat Petang.

MOOD BLOGGING SENDU | Lama betul cari rentak untuk berkongsi cerita di sini sehinggakan Kakmim komen dan bertanya...

Fiza, dah pertengahan raya dah tok.. lamaknya ktk x update blog.. selamat hari raya!! Maaf zahir batin 0-0

Entahlah! Tahun ni betul-betul buatkan Fiza malas untuk aktif di media sosial. Nak kata down sebab penyakit, tak jugak. Apa yang pasti, rindu nak berkongsi cerita tu ada sebenarnya. Cuma... Otak tepu, blank... Tak tahu nak start cerita dari mana. Pendek kata, tak dapat rentak lagi untuk menaip cerita. 🤭

Al-maklumlah, lama sangat bercuti. Jadi, nak kembali on track tu... Nampaknya perlukan masa jugakla kot. Insya Allah, lepas ni Fiza akan cuba untuk kembali aktif. Doakan untuk Fiza ye. 

CERITA RAYA 2023

Walaupun raya dah hampir ke penghujung, di sini Fiza nak ambik kesempatan jugak la untuk mengucapkan selamat hari raya buat semua. Mohon ampun dan maaf... Seandainya ada tersilap kata sepanjang kita berbalas komen selama ni. 0-0 ye.

Untuk raya tahun ni, pakaian semuanya Fiza beli je dari Shopee. Kek, biskut dan jajan... Pun sama. Semuanya beli. Nila first time Fiza tak buat kek dan biskut. Perabot rumah takde yang berganti. Cuma, Fiza beli karpet murah dari Shopee je.

Kisah

Tahun ni jugak turn beraya di kampung Fiza. So far, tahun ni semua balik kecuali adik yang menetap di Perlis... Sebab tahun ni turn dia beraya dengan keluarga belah mertua pulak. Begitulah adat, bila dah berkahwin... Dan pasangan berasal dari daerah atau tempat yang berbeza... Kenalah buat rotation setiap kali raya menjelang. Kan!

Tahun ni jugak Fiza tak balik ke Samarahan. Biasanya... raya ketiga dah ke sana. Tapi, tahun ni keluarga belah suami pulak yang datang beraya dengan kami. Alhamdulillah... Begitulah antara cerita yang Fiza nak share untuk kali ni.

Esok Fiza akan ke Samarahan... Ada temujanji untuk holter dan echo jantung, di Pusat Jantung Samarahan. Ni kali kedua Fiza ke sana. First dulu masa pregnant Nur Dhia... Pun buat holter dan echo. 

Semoga semuanya dipermudahkan hendaknya, dan diharapkan... Takde yang seriuslah hendaknya. Aamiin... Doakan Fiza ye.

Baiklah...

Apa-apa pun, Fiza rasa Fiza nak stop dulu di sini. Insya Allah, ada masa Fiza akan update lagi. Terima Kasih semua kerana sudi singgah di blog Fiza. Tanpa korang, sunyilah blog Fiza.

Wassalam...