Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
RABUN SILAU | Lama tak update blog. Alih-alih kita dah nak masuk bulan Jun dah pun... Kan?. Sekarang ni sekolah dah start cuti, jadi Fiza ambik peluang yang ada untuk update blog.
Nak share pasal rabun silau sebenarnya. Dalam beberapa bulan ni, Fiza menghadapi masalah mata kabur. Rasa juling je bila baca buku atau hadap handphone. Ada jugak try search di page tiroid dan anda (Ori), ternyata ramai yang menghadapi mata kabur. Adakah yang Fiza hadapi ni disebabkan oleh hyperthyroidism? Nanti masa follow up dengan doktor, ingat nak tanya dengan doktor jugakla masalah ni.
Sebelum puasa haritu, disebabkan mata tak selesa... Fiza try check mata di kedai cermin mata. Sekali check dorang kata rabun tak tinggi, yang tingginya silau. So, memandangkan mata tak selesa... Fiza tempah cermin mata antisilau. So, now kena pakai cermin mata dah.
Bila dah pakai cermin mata, baru jumpa info yang penghidap hipertiroid boleh rujuk pakar mata dulu sebelum buat cermin mata. Nanti dorang akan check mata terlebih dahulu sebelum bagi spesifikasi cermin mata seperti apa yang sesuai. Arghhh sudah. Tapi takpe la... Nanti kita tengok macam mana?
Tapi nak share jugaklah tentang rabun silau ni. Untuk pengetahuan kita bersama, rabun silau atau astigmatisma adalah masalah gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kelengkungan kanta mata yang tidak sekata. Keadaan ini akan mengakibatkan penglihatan kabur pada sebarang jarak. Rabun silau boleh dialami pada sebarang peringkat umur. Tu based on apa yang Fiza google. Patutla, dekat kadang-kadang kabur... Jauh lagila. Hurmmm...
Gejala/Tanda Rabun Silau
Kemudian, gejala/tanda penghidap rabun silau adalah berbeza antara individu. Penghidap rabun silau yang sedikit tidak mengalami sebarang gejala/tanda. Gejala/tanda yang biasa dialami adalah seperti berikut:
Mata kabur pada sebarang jarak
Pandangan terherot
Mata letih
Juling – keadaan mata yang tidak selari antara satu sama lain
Sakit kepala
Susah memandu pada waktu malam dan kadang – kadang pandangan nampak dua
Mata sering berkelip atau sering menutup mata
Rawatan Rabun Silau
Manakala untuk jenis rawatan pulak adalah seperti berikut:
Cermin mata
Pemakaian cermin mata adalah satu cara yang selamat, senang dan menjadi pilihan ramai.
Kanta lekap
Kanta lekap memberikan penglihatan yang jelas, medan penglihatan yang besar dan lebih keselesaan. Memakai kanta lekap adalah selamat dan efektif jika di selenggara dengan betul. Walaubagaimanapun tidak semua orang sesuai memakai kanta sentuh. Terdapat kanta lekap khas untuk penghidap rabun silau tinggi iaitu kanta lekap Torik atau RGP. Sila minta khidmat nasihat dari pengamal perubatan bertauliah.
Pembedahan
Surgeri adalah pengubahan bentuk kornea secara kekal melalui pembedahan refraksi atau laser. Pembedahan ini menghapuskan kelengkungan kornea yang tidak sekata dan menjadikannya lebih berbentuk sferikal. Jika merancang untuk melakukan pembedahan, pastikan anda telah mendapatkan khidmat nasihat dari pengamal perubatan bertauliah dan perlu diketahui tidak semua orang sesuai untuk melakukan prosedur ini.
Pencegahan Dari Rabun Silau
Pemeriksaan mata secara rutin dapat mengesan kehadiran rabun silau dan membolehkan rawatan awal diberikan.
Kesimpulannya, buat sementara waktu ni Fiza pakai jela dulu cermin mata yang sedia ada. Nanti nak rujuk dengan doktor jugaklah nampak gayanya.
Insya Allah, nanti Fiza update perkembangan rabun silau ni macam mana. Okeh!
Siapa ada silau macam Fiza. Jom kongsi pengalaman di ruangan komen?
2 Comments
Kmk pun sama problem silo juak esp driving masa hari hujan & malam... dah polah spec anti silau juak awl thn ya tek... hehehe... mun hujan lebat xda dah bingong agik driving ada mata spare nektok
ReplyDeleteKamek check mata baru2 tok pun silau tinggi juak. Silau tok kadang2 boleh nait kan degree cermin mata juak.
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.