Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
CARA PALING MUDAH MASAK LABU AIR | Siapa suka makan labu air, kita geng. ✌️Selalu korang kalau menu labu air, lebih prefer cara masak macam mana? Kalau Fiza, Fiza suka masak labu air masak lemak campur cekur manis, tumis letak suhun... Tak pun masak tumis air je. Tapi, paling Fiza suka... Labu air masak rebus. Tak payah tumis-tumis bagai... Cara paling mudah dan tak ambik masa yang lama pun untuk masak . Sedap ratah panas-panas. Makan tu je pun dah cukup bagi Fiza.
LABU AIR REBUS
So, harini Fiza nak share la jugak cara Fiza rebus labu air. First, masakkan air terlebih dahulu. Bila dah mendidih, masukkan ikan bilis yang dah dicuci bersih, bawang putih yang dah diketuk 5 biji, cili... Kemudian baru masukkan labu dan perasa. Tunggu sekejap, nampak labu macam hampir lembik dah... Terus angkat. Sedap makan panas-panas. Kalau nak letak suhun pun boleh, untuk pelbagaikan masakan. Tapi kali ni, Fiza buat rebus kosong je. Simple...
Kalau masak macamni, bawang putih pun boleh dimakan sama. Sedap!
Alhamdulillah untuk rezeki makan malam semalam.
5 Comments
Sayur fav laki kmk tok.. nya suka masak lemak pasya lawan ngn sambal belacan
ReplyDeleteNang gilak lawannya ya. Mun masak lemak bertambah-tambah nasik.
DeleteSayur favourite kmk tok. Kmk suka masak lemak, kak ya tumis dengan udang kering juak. Makan dengan ikan gonjeng masin ya Rabbi, boleh bertambah2 nasi!
ReplyDeleteDuh! Lalu terliur dengar gonjeng masin. Lamak dah sik makan ikan masin eh.
Deletetak makan tp kuah nya makan dengan nasi + sambal belacan. memang sodap
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.