Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
LAWAK BAPAK PAGI-PAGI | Rutin setiap hari selepas anak-anak dan suami ke sekolah, Fiza akan stay di rumah mak. Bila encik suami dan anak-anak balik, barulah Fiza akan balik ke kediaman sendiri.
Pagi ni kami duduk di laman rumah mak sambil menemani mak siram pokok bunga keliling rumah. Actually, mak Fiza ada jugak menternak madu kelulut.
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba bapak muncul dari belakang. Then, mak pun bagitau la dengan bapak. Lebih kurang berikut la dialog dorang.
Emak : Kejap gik kitak ambik madu di luar ya, banyak dah madu nya. Melimpah dah dari bekas. (Sekejap lagi awak ambil madu di luar tu, banyak dah madu tu. Melimpah dah dari bekas).Bapak : Sine batu banyak. (di mana banyak batu)
Fiza dan mak ketawa tak henti-henti, meleret panjang pulak bila mak tiba-tiba bercerita tentang filem keluarga 69. Lagilah... Sampai sakit perut gelak.
Bapak tengok kami ketawa... Dia pun ketawa sama-sama. Padahal dia tak tahu pun, apa benda yang kami gelakkan.
Allahu Akhbar... Begitulah, kehidupan. Sejak dua tahun lepas pendengaran bapak terjejas. Kekadang dengar, kadang tak. Bila buat follow up doktor kata disebabkan faktor usia.
Adik ada jugak bagitau pasal alat pendengaran untuk warga emas tu. Tapi tak tahu lagi, bapak nak ke tak guna.
Biasalah orang tua ni. Kalau dia kata tak nak tu. Muktamad... Memang takde peluang kau nak membantah. Kan?
7 Comments
Alahai..SA pun turut tergelak baca...
ReplyDelete😂🤣😂😅
DeleteHahaha... janji sidak bahagia jak... org tua tok mudah nk bengkeng.. gia juaklah kita bila dh tua kelak kali
ReplyDeleteNyalah. Jadi seperti mbiak kecik. Mun sik diekot, takut merajok. 🤭
DeleteMadu boleh jadi batu pula.
ReplyDeleteBapak oh bapak
😂😂😂
DeleteSama dengan bapak mertua kmk. Mun balit kampung dengar mak mertua kmk klaka dgn bapak mertua nang kedak orang kelayi nyerin suara hahaha!
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.