Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

PUCUK UBI DIRAMAS DAN DITUMIS | Salah satu menu semalam di rumah my mom. Selalu kalau hujung minggu ada yang balik. So, kami ambik peluang yang ada untuk makan bersama. Salah satu menu kampung yang menjadi kegemaran kami adik-beradik dari kecik sampaila sekarang ni... Adalah pucuk ubi. Kalau tak dibuat ulam. Mak akan masak pucuk ubi tumbuk. Tak pun masak santan atau ditumis.

RESEPI PUCUK UBI TUMIS

Kali ni Fiza nak share resepi berasaskan pucuk ubi. Lauk simple yang boleh membuatkan kita bertambah-tambah nasi. Tapi bagi penghidap hipertiroid seperti Fiza, kena makan ala kadar je. Cukup untuk merasa. Kalau Fiza, sayur ni akan membuatkan badan Fiza berangin. So, tak beranila nak makan banyak. 🤭

Resepi masakan kampung

Nak tumis pucuk ubi cara my mom ni, bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
  1. Pucuk ubi, agak-agak boleh makan 6 ke 7 orang.
  2. Halia lebih kurang 6cm
  3. Bawang merah 4 biji
  4. Bawang putih 5 biji
  5. Cili 2 biji
  6. Sedikit ikan bilis
  7. Sedikit belacan
  8. Sedikit minyak untuk menumis
  9. Sedikit air dan
  10. Sedikit perencah Maggie secukup rasa
Cara masak pulak...
  1. Pertama, cuci bersih pucuk ubi. Kemudian ramas pucuk ubi dengan sedikit garam.
  2. Tumbuh bahan seperti halia, bawang putih, bawang merah, cili, belacan dan ikan bilis sehingga halus.
  3. Panaskan minyak, Kemudian tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
  4. Lepas tu bolehla masukkan pucuk ubi yang telah siap diramas.
  5. Masukkan sedikit air dan perasakan dengan perencah secukup rasa Maggie.
  6. Bila pucuk ubi dah bertukar warna, bolehla diangkat.
Mudahkan. Sedap makan dengan ikan masin. Tapi tula, sekarang ni Fiza kena elakkan makanan yang masin. So, makan jela dengan lauk yang lain seperti ayam dan ikan.

Alhamdulillah, walaupun simple... Tetap bersyukur di atas rezeki yang Allah telah berikan. Nikmat apalagi yang nak didustakan... Kan?

Terima kasih kerana sudi singgah ye. Ada masa Fiza balas kunjungan korang.

Bye. ✌️