Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
Cuti Dan Ada Apa Dengan Bulan Jun 2023 | Pejam pelik, pejam pelik... Tak terasa kan harini kita dah pun berada di pertengahan tahun 2023. Dah hampir 5 bulan dah Fiza menjadi pesakit hipertiroid. So far, dah semakin ok dah. Dah boleh move on dan semakin faham tentang penyakit ni. Insya Allah, akan terus menambah ilmu mengenainya supaya dapat bantu diri sendiri agar lebih sihat, lebih positif walaupun berpenyakit. Doakan Fiza dalam sujud korang, supaya sentiasa bersemangat ye. Mudah-mudahan hendaknya. Aamiin...
Cuti Bulan Jun 2023 : Cuti Umum/ Public Holidays Jun 2023
Untuk bulan Jun ni, Fiza nak share jugaklah jadual cuti sepanjang bulan Jun di sini sebagai rujukan. Bolehlah rancang cuti untuk bawa family jalan-jalan ke. Kan?
1 Jun (Khamis) : Hari Gawai (Sarawak)
2 Jun (Jumaat) : Cuti Hari Gawai (Sarawak)
5 Jun (Isnin) : Hari Keputeraan Agong (Cuti Umum)
18 Jun (Ahad) : Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah)
28 Jun (Rabu) : Hari Arafat (Terengganu)
29 Jun (Khamis) : Hari Raya Haji (Cuti Umum)
30 Jun (Jumaat) : Cuti Raya Haji (Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
Sambutan Sepanjang Bulan Jun
Hari Ahad Kedua Jun : Sambutan Hari Bapa (Father's Day)
1 Jun (Khamis) : Sambutan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa (International Children's Day)
5 Jun (Isnin) : Sambutan Hari Lautan Sedunia (World Oceans Day)
14 Jun (Rabu) : Sambutan Hari Derma Darah Sedunia (World Blood Donor Day)
15 Jun : Sambutan Hari Angin Global (Global Wind Day)
20 Jun (Selasa) : Sambutan Hari Pelarian Sedunia (World Refugee Day)
21 Jun (Rabu) : Sambutan Hari Hidrografi Sedunia (World Hydrography Day)
21 Jun (Rabu) : Sambutan Hari Yoga Antarabangsa (International Yoga Day)
26 Jun (Isnin) : Sambutan Hari Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Perdagangan Haram Antarabangsa (International Day against Drug Abuse and Illicit Trafficking)
Kemudian, untuk cuti sekolah penggal 1 dah pun bermula 27 Mei yang lalu sehingga 3 Jun 2023. 5 Jun nanti cuti umum untuk Hari Keputeraan Agong dan 5 Jun jugak Fiza akan bergerak ke Samarahan lagi, Encik suami ada temujanji untuk Echo di Pusat Jantung pada 6 Jun 2023. Then, 16 Jun pulak di Hospital Sri Aman untuk scan hati pulak... Follow up untuk warded haritu. Biasalah kalau dah warded... Umur dah 40+ memang akan bermacam-macam checkup akan dilakukan untuk sahkan sejauh mana keseriusan penyakit kita tu. That why, kekadang ada orang malas nak buat medical checkup... Lagi-lagi di hospital kerajaan. Semua nak elak prosedur yang bermacam-macam. Tapi, bagi Fiza better buat medical checkup... Sekurang-kurangnya kita tahu status kesihatan kita bagaimana. Betul tak?
Apa-apa pun, Moga-moga takde apa yang seriuslah hendaknya. 7hb Insya Allah akan bergerak balik ke kediaman sendiri. So, tu anta senarai cuti dan aktiviti kami untuk cuti penggal ni. Semoga segala urusan dipermudahkan hendaknya. Aamiin...
Korang pulak macam mana?
9 Comments
Singgah sini. semoga cepat sembuh Fiza dan kuat semangat ok dun stress,. Pejam celik dah bulan 6 sekejap jer x lama raya haji dah.
ReplyDeleteAamiin... Terima Kasih atas doa Wani tu ye.
DeleteSemoga dipermudahkan semua urusan kitak sekeluarga.
ReplyDeleteAamiin... Thanks atas doanya mem.
Deletesemoga fieza semakin sihat ye :)
ReplyDeleteshafakillah :) memang betul pun bab2 check up tu...saya buat check up every 6 month to monitor kolesterol sbb it was on border line...then early this year dh normal...tp ni dh tak jaga sgt mkn..susah nak konsisten psl food intake ni esp mknn bergoreng, carbo intake etc
ReplyDeleteMacam mana Mama jaga makan agar kolestrol normal. Fiza normal haritu, ni dah lepas 6 bulan belum lagi check.
DeleteKmk medical check up ogos 2022 tek.. polah di private jak... ingat thn tok nk polah di klinik kesihatan gik... tp ya lah ada borang perlu diisik & perlu gik tgu appointment ya lah lemah nya
ReplyDeleteAok. Nang gia di KK mem. Kamek lagiklah, bulan 7 tok ambik darah check tiroid dah normal ka sik. Bulan 8 baruk keluar result sebab darah hantar Kuching. Bulan 8 baruk reviews result dengan doktor. Mun ada duit dan nak cepat, better polah di private Jak.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.