Assalamualaikum,
Selamat Petang.

IKAN KEMBUNG KUKUS SIMPLE, MENU MAKAN TENGAHARI | Semalam bila dah takde idea nak masak apa, tiba-tiba encik suami request nak makan ikan kembung kukus. Masalahnya takde pulak limau kasturi untuk buat pencicah. Tapi takpe, takde limau... Kita cicah dengan kicap pedas Mahsuri. Lately, Fiza elak kicap. Entahla, kicap boleh trigger Fiza jadi lemah, lesu dann letih semenjak ada hypertiroid ni... Sebelum tahu ada hypertiroid pun pernah jugak alami 3L. Tapi masa tu Fiza tak ambik kisah sangat. Mungkinn ada benarnya kot. Makanan berasaskan soya boleh ganggu fungsi tiroid. 

Amaran! 

Semuanya bergantung kepada penerimaan badan masing-masing ye. Tak semua orang yang ada masalah tiroid tak boleh makan kicap. Ada je yang boleh makan...

Setakat ni, bila makanan tu boleh trigger masalah pada Fiza... Fiza akan elak. Nak makan pun ala kadar je. Buat rasa-rasa. 

RESEPI IKAN KEMBUNG KUKUS SIMPLE

Berbalik kepada cerita tentang ikan kembung kukus. Fiza nak share la jugak cara membuatnya di sini. Sangat mudah sebenarnya. Bahan pun tak banyak. Antara bahan yang Fiza guna adalah seperti berikut :-
  1. 7 ekor ikan kembung yang telah siap disiang
  2. Halia lebih kurang 6cm, dihiris halus
  3. 4 biji bawang putih dihiris halus
  4. Cili dihiris halus, terpulang berapa pedas kita nak
  5. Sedikit garam
Resepi mudah

Cara membuatnya, masukkan semua bahan ke dalam ikan yang telah dimasukkan ke dalam loyang, dan gaulkan. Biarkan setengah jam supaya rasanya sebati. Lepas tu barulah boleh kukus 20 ke 25 minit. Fiza guna trio food steamer elektrik je. Mudah sangat.


Ada orang suka cicah dengan air asam. Macam sedap... Nanti, ada masa Fiza try. Kami cicah dengan kicap je, pun dah sedap. الحمدلله

#resepisimple
#ikankembungkukus