Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
JUN BERLALU, JULAI MUNCUL | Bermakna kita dah berada hampir ke penghujung tahun 2023. Lagi beberapa bulan, kita akan melangkah ke tahun yang baharu... Iaitu tahun 2024. Cepatnya masa berlalu kan? Dah hampir seminggu Fiza tak update blog. Terjebak dengan TikTok sampai lupakan minat yang satu ini. Haha...
First things first, Fiza nak share dululah tarikh-tarikh penting untuk bulan Julai 2023.
CUTI UMUM ATAU PUBLIC HOLIDAY SEPANJANG BULAN 7/JULAI 2023
- 7 Julai 2023 (Jumaat) : Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang).
- 8 Julai 2023 (Sabtu) : Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
- 19 Julai 2023 (Rabu) : Awal Muharram (Cuti Umum).
- 22 Julai 2023 (Sabtu) : Hari Sarawak.
- 30 Julai 2023 (Ahad) : Hari Keputeraan Sultan Pahang.
SAMBUTAN PADA BULAN JULAI 2023
- 2 Julai 2023 (Ahad) : Sambutan Hari UFO Sedunia (World UFO Day).
- 11 Julai 2023 (Selasa) : Sambutan Hari Populasi Sedunia (World Population Day).
- 29 Julai 2023 (Sabtu) : Sambutan Hari Harimau Antarabangsa (International Tiger Day).
AKTIVITI BULAN JUN DAN JULAI 2023
Tu antara senarai cuti umum dan sambutan yang berlaku sepanjang bulan 7 / 2023.
Tapi untuk Fiza...
Pada penghujung Jun haritu, Alhamdulillah kami menyambut hari raya Aidiladha di kampung Fiza je. Then, 1 Julai pulak... Adik buat majlis aqiqah anaknya. ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ, beli kambing dengan family sendiri je pun. Dapat diskaun yang kaw-kaw punya. Syukur majlis berjalan dengan lancar. Cumanya Fiza tak berkesempatan nak ambik gambar menu dan sekitar majlis. Adik-adik adalah yang tukang ambik. Takpelah...
Kemudian, 3 Julai pulak Fiza ada temujanji di Hospital Sri Aman untuk scan leher. Hasil dari USG tersebut ada 1 ketulan di sebelah leher, Tirads-2. Apakah maknanya, kena tunggu next temujanji di KK... Nanti doktor akan terangkan. Semoga baik-baik aje hendaknya. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ...
Bulan 7 ni jugak bulan istimewa... Di mana ia merupakan bulan kelahiran encik suami. Tak fikir lagi nak bagi dia hadiah apa. Anak-anak... Walaupun masih kecil, dorang ingat jugak bulan kelahiran ayah dorang... Sebabnya, Fiza memang buat reminder di kalendar... Letak di table bar. Fiza buat gitu... Supaya mereka belajar menghargai orang lain. So far dah start kecoh dah suruh beli kek untuk ayah dorang, padahal kek tu nanti dorang yang makan. Anak oh anak... Hakikatnya, matlamat sebenar dorang... Nak makan kek je... Kan? 🤭
Kemudian, 24 Julai Fiza akan ada temujanji untuk ambik darah. Nak tengok sama ada hormon hypertiroid Fiza dah normal balik ke belum. Nanti 28 Ogos barulah trace result dan jumpa doktor. Harap-harap... Dapatlah kurangkan dos ubat. Ada jugak yang Fiza baca di group FB Tiroid dan anda (ORI) terus stop ubat bila result darah dah normal... Tapi, lepas tu hormon naik meroket balik. نعوذ بالله من ذلك tak nak pulak lah jadi macam tu. Seriau dengar... Kan?
Ada yang turun dose ubat sampai makan 1 biji je, bila dah beberapa kali temujanji... Darah normal, baru stop ubat pun ada jugak. Dah bertahun-tahun darah ok. Harapnya Fiza macam tu la nanti.
Akhir sekali, apa-apa pun Fiza doakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan hendaknya.آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ...
Selamat berhujung minggu semua. Have a nice day. 😊
2 Comments
Semoga julai lebih cerah sinarnya
ReplyDeleteآمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.