Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
MENSYUKURI SEGALA NIKMAT | Alhamdulillah, atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan pada kita. Sesungguhnya perjalanan kehidupan kita di atas muka bumi ini telah Allah tetapkan.
Pesan pada hati, agar sentiasa memulakan hari dengan bersyukur.
Justeru, syukur itu mengusir gelisah, menghilangkan sangka buruk, melebur takbur, meredakan marah dan menjauhkan hasad.
Alhamdulillah itu bukan hanya penyudah...tetapi juga satu muqadimah.
Orang bersyukur bicaranya lunak, bahasanya lembut dan banyak tersenyum.
Syukur itulah yang menjemput rezeki, ketenangan dan keberkatan dalam hidup!
Syukur Itu Bahagia.
Nota kaki : Dah seminggu tak update blog, otak tepu. Hahaha...
Sumber | Telegram Islamic Quotes
3 Comments
Setuju, syukur itu menjemput rezeki. Besar atau kecil nikmat Allah bagi, lafazkan syukur. Aka bertambah² lagi nikmat dan rezeki dari-Nya
ReplyDeleteOrang yang bersyukur sentiasa bersangka baik dengan Allah walaupun yang datang ialah ujian, nya menyebut alhamdulillah 'ala kulli hal. Semoga kita tergolong dalam golongan org2 yg bersyukur ameen...
ReplyDeleteAamiin... Mudah-mudahan hendaknya.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.