Assalamualaikum,
Selamat Petang.

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) COVID-19 TERKINI MULAI 5 JULAI 2023 | Tadi, semasa blogwalking ke blog Carneyz... Nampak dia share tentang SOP terbaru untuk Covid-19, yang mana akan mula dikuatkuasa mulai hari ini 5 Julai 2023. Benda penting kita kena war-warkan. Macam Fiza kekadang boleh lupa, so kita share balik di blog.

Informasi

SOP TERBARU PEMAKAIAN PELITUP MUKA DAN PENGASINGAN KES DISAHKAN COVID-19

Terbaru, Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa telah membuat pengumuman perubahan SOP pelitup muka di mana pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam dan premis kesihatan berkuat kuasa 5 Julai ini.

Walaupun kerajaan telah memberi kelonggaran terhadap SOP pemakaian pelitup muka, pesakit Covid-19 tetap WAJIB memakai pelitup muka sekiranya mereka berada di kawasan awam dan tempat tumpuan orang ramai.

Manakala, Tempoh kuarantin bagi pesakit Covid-19 pula adalah 5 hari dari tarikh bermulanya gejala. Kuarantin akan diberikan melalui MySejahtera.

That it's SOP terbaru.

PENDAPAT PERIBADI TENTANG PEMAKAIAN PELITUP MUKA WALAUPUN TIDAK LAGI DIWAJIBKAN 

Walaupun kita dah dibolehkan tidak memakai mask, tapi Fiza masih lagi memilih untuk menggunakan pelitup muka di tempat-tempat yang sesak. Kalau di fasiliti kesihatan, memang Fiza WAJIB kann diri pakai mask. Yelahhh... Di fasiliti kesihatan rata-rata yang datang atas tujuan untuk menerima rawatan. Then, kita tak tahu pun kondisi kesihatan masing-masing... Sebagai langkah berjaga-jaga, Fiza masih lagi memilih untuk menggunakan mask selepas ini. 

Korang pulak macam mana? 

Tapi kann... Area tempat tinggal Fiza. Lama dah... Tak ramai yang pakai mask walaupun di fasiliti kesihatan. Kalau ada pun, boleh dikira dengan jari. 

Sumber | Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia