Assalamualaikum,
Selamat malam.

Aircond Jenama Gree 2.0 HP, Berbaloi Ke Tak? | Alhamdulillah, rezeki anak-anak akhirnya boleh duduk di rumah sendiri dah hampir 3 tahun. Bersyukur dengan apa yang ada, kelengkapan rumah masih lagi ada yang kurang. Tapi tak pe, kita kena bersabar. In Shaa Allah, satu hari nanti pasti mencukupi jugak. Apa yang penting, konsep minimalis kena kekalkan. Beli barang hanya ikut keperluan. Kan?

Bercakap mengenai kelengkapan rumah, entri harini Fiza nak reviews tentang aircond jenama gree. Alhamdulillah, setakat ni kami hanya mampu pasang 1 aircond di ruang menonton. Bilik dan ruang tamu masih lagi kosong untuk plug aircond. Cukupla satu sementara untuk sejukkan rumah. Kena ukur baju di badan sendiri. Lagi-lagi dengan keadaan sekarang, kena jugak menyimpan untuk kes kecemasan.

SETELAH 2 TAHUN LEBIH GUNA AIRCOND GREE

Dah 2 tahun lebih guna aircond gree. Bolehla reviews. Kan? Last two years memandangan duit monotorium ada, encik suami ambik keputusan untuk pasang satu aircond dan jenama yang ada pada masa tu di kedai adalah gree. Jadi encik suami ambikla yang berkuasa 2.0 HP. So far, dah hampir 2 tahun lebih guna... Bil elektrik tak pernah lagi mencecah RM150. Paling tinggi pun RM134. Semua alat elektrik ada ye... Seperti penapis air cuckoo, peti sejuk, tv, mesin basuh dan kipas, laptop 2 buah dan juga charger untuk handphone. Murah ke mahal? Berbaloi ke tak?. Masing-masing ada pandangan masing-masing. Kan?

Pada Fiza, setakat harini Alhamdulillah... Memang berbaloi. Aircond pun masih lagi berfungsi dengan baik dan tiptop. Apa yang Fiza amalkan...

#1. Guna aircond dengan teknologi inverter
Pertama, Fiza akan pasang aircond pada jam yang sama setiap hari. Lebih kurang lah ye... Dari pukul 3 petang sampailah 11 malam. Kat sini, ada masa kami akan guna kipas siling je. Tak nak bagi anak terlampau biasa atau 'pateh' kata orang Sarawak dengan aircond. Nanti payah nak pergi mana-mana... Asyik nak mencari aircond.

Kemudian, aircond yang kami pilih jenis inverter. Fungsi inverter pada aircond adalah untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor. Selalu dah set 25°C, so secara tidak lansung ianya dapat mengurangkan penggunaan elektrik.

#2. Jangan selalu On dan Off
Ini pasti ramai yang buat kan? Bila rasa bersalah tu datang, aircond akan ditutup. Bila terlampau panas, dibuka semula. Kalau boleh, elakkan. Lebih kerap kita on dan off aircond ini, lebih kuat penggunaan elektrik sebenarnya.

Ingat, aircond gunakan elektrik yang kuat semasa di-on kan! Kalau on off banyak kali, lagi banyaklah penggunaannya.

#3. Lakukan servis setiap 6 ke 9 bulan sekali

Kemudian, Pasal servis aircond pulak... Paling kurang pun, setidaknya servislah aircond berkenaan setahun sekali. Ingat, aircond yang tidak diservis akan jadikan ianya kurang sejuk. Secara tak langsung, ini akan membuatkan kita sering naik turunkan suhu, tukar setting dan sebagainya.

Ada juga yang ingat gas habis, padahal filter dah penuh dengan habuk kotoran. So far, Alhamdulillah encik suami rajin cuci filter aircond sendiri. Manakala, Untuk full servis pulak, kami akan panggil tukang servis. Dalam masa 2 tahun lebih, Dah 3 kali kita servis. Sekali servis, RM60 je. Alhamdulillah, aircond masih lagi dalam keadaan baik.

Bagi Fiza setakat harini, memang berbaloilah guna aircond jenama gree. Korang pulak bagaimana? Mesti ada pandangan lain kan.

Actually, sama je sebenarnya. Apa yang membezakannya cara kita mengendali dan menggunakannya. Kalau dah 24 hours aircond on... Kemudian, tak reti nak servis. Mana tak rosak. Kan?

Kemudian, bergantung jugak dengan tukang pasang dan tukang servis aircond. Kalau jenis cincai... Memang output pun tak berapa nak bagus... Sebab ada jugak saudara Fiza yang pasang aircond sama tapi dengan tukang yang lain. Asyik bocor je gas aircond dia. Sian pulak Fiza tengok. That why, kena survey jugak tukang pasang aircond ni. Jangan main bantai. Sekarang ni, nak duit... Semua boleh mengaku dia mahir. Kan?

reviews

Tula cerita dia... Pasal penghawa dingin jenama gree. Lain orang lain pendapat. Ada yang kata jenama gree ni tak bagus. Tapi, bagi Fiza ok je. Nama pun manusia. Mana pernah sama pendapat. Kan? 

Siapa pernah pasang aircond gree? Jom share pendapat korang di ruangan komen yeah!