Assalamualaikum,
Selamat Petang.

AKU YANG KAU SAKITI, SINOPSIS DAN PELAKON TV3 | Just nak update drama melayu jam 10 malam di tv3. Drama Aku Yang Kau Sakiti mulai ditayangkan di slot Samarinda TV3 mulai 1 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis dan juga boleh strim di perkhidmatan penstriman iQIYI satu jam selepas bersiaran di tv. Drama terbitan Saphire Screen Sdn Bhd ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Riza Baharudin serta nukilan skrip oleh Farhana Fauri. Menampilkan pelakon seperti Redza Rosli, Rita Nadira, Zamarul Hisham, Fify Azmi, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Berikut adalah ringkasan maklumat mengenai drama ini :-

Episod: 20
Tarikh Tayangan : 1 Ogos 2023
Waktu Siaran : Isnin - Khams, 10:00 malam
Rangkaian : Samarinda TV3 / iQIYI
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd

Drama 10 malam tv3

Watak Pelakon

Kemudian, untuk barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ini adalah seperti berikut :-
  1. Rita Nadira sebagai Amanda
  2. Redza Rosli sebagai Rykal
  3. Zamarul Hisham sebagai Tuan Zaki
  4. Fify Azmi sebagai Bella
  5. Aleza Shadan sebagai Puan Mazwin
  6. Jasmin Hamid sebagai Mak Su
  7. Iman Suhana sebagai Sara
  8. Syazwan Zulkifly sebagai Faris
  9. Zazly Baginda sebagai Encik Rasyid
  10. Syazuwan Hassan sebagai Shahrul
  11. Natasya Mahyan sebagai Cika
  12. Anies Hann sebagai Mia dan
  13. Ain Yasmin sebagai Suzana

Lagu Tema (OST)

Lagu : Buat Ku Setia
Penyanyi : Syah Putra & Hariz Fayahet
Lirik & Komposer : Firdaus Rahmat, Naim Daniel

Sinopsis Aku Yang Kau Sakiti

Drama ini mengisahkan tentang Amanda (Rita Nadira) merupakan seorang anak yatim selepas kehilangan bapanya, Tuan Danial yang dibunuh kerana berhutang dengan sindiket pinjaman wang. Sejak kejadian itu, Amanda menetap di rumah peninggalan bapanya dengan ibu saudaranya, Mak Su (Jasmin Hamid) dan sepupunya, Sara (Iman Suhana) yang bersifat materialistik dan sering meminta wang daripada Amanda. Amanda juga dijaga oleh keluarga Tuan Zaki (Zamarul Hisham) yang merupakan bapa kepada rakan baiknya, Bella (Fify Azmi). Tuan Zaki rasa bersyukur dan terhutang budi dengan sahabat baiknya iaitu bapa Amanda dan sekaligus telah menganggap Amanda sebagai anaknya sendiri.

Rykal (Redza Rosli) setia berada di sisi Amanda sepanjang dia di dalam kesusahan dan berhasrat untuk melamar Amanda sebaik sahaja dia menamatkan pelajarannya di universiti. Namun, Amanda menolak lamaran tersebut dengan alasan masih tidak bersedia untuk berkahwin. Pada Amanda, dia ingin mengatasi trauma kehidupannya dan mencari kebahagiaan seperti rakan-rakannya yang lain.

Apabila mereka mencecah 20 tahun, Amanda bekerja di syarikat Tuan Zaki sebagai pembantu Bella. Amanda cemburu dengan kehidupan Bella yang sempurna. Ternyata, Amanda menyimpan dendam terhadap keluarga Bella.  

Dia mahu menggulingkan Tuan Zaki kerana ayahnya pernah bekerja dengannya dan apabila perniagaan Tuan Zaki hampir muflis, Tuan Zaki meminta ayah Amanda meminjam dari Ahlong, sehingga Ahlong mengejar dan membunuh ayahnya kerana tidak dapat melangsaikan hutang. 

Namun, Rykal (Redza Rosli) yang menyayangi Amanda, sentiasa sabar memberi nasihat kepadanya membuatkan Amanda kesal. Dapatkah Amanda membalas dendam kesumat terhadap ayahnya kepada Tuan Zaki? Atau kehadiran Rykal bakal mengubah persepsi Amanda dan perasaan ini akan mekar menjadi cinta?

#slotsamarindatv3
#akuyangkausakiti