Assalamualaikum,
Selamat Petang.

CARA SEMAK BIL AIR DI SARAWAK SECARA ONLINE DENGAN MUDAH | Actually, Tempat Fiza still ada pekerja Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALBS) yang hantar bil air dari rumah ke rumah setiap penghujung bulan. Walaubagaimana pun, semenjak pandemik 2020... Penghantaran bil agak lambat. Kadang-kadang sampai duatiga bulan takde bil. Bagi yang tak tahu di mana nak check jumlah pembayaran setiap bulan, pastinya akan menghadapi masalah bil tertunggak. Kan? Mula-mula dulu, Fiza dan suami abaikan jugakla. Redha menunggu bil sampai ke rumah bila-bila masa tak kirala awal bulan ke, petengahan bulan ke, ke hujung bulan. Lagipun... Kalau tertunggak duatiga bulan pun takdelah sampai mencecah ratusan ringgit. Paling banyak pun dalam RM60+ sahaja.

Check bil air secara online di JBALB Sarawak

Tapi, tak boleh dibiarkan jugak... Nanti tak pasal-pasal takde duit untuk bayar bil. Kan? Untuk elak perkara yang tak diingini berlaku, Fiza ambil inisiatif untuk check sendiri bil air setiap bulan di laman JBALB. Sangat mudah sebenarnya, dan caranya adalah seperti berikut :-

Pertama, pergi ke laman JBALB. Then, klik pada PayBills.

Info

Isi maklumat yang dikehendaki di ruang search bill & pay

Info


Kemudian, bila semua maklumat dah betul klik pada butang search. Nanti akan keluar seperti berikut

Baca Juga | Cara mohon dan semak BIB Sarawak

Info

Alhamdulillah, untuk bulan Julai... Jumlah yang hanya perlu dibayar adalah sebanyak RM14.15 sahaja. Actually, boleh bayar terus di laman yang sama. Cumanya, Fiza tak bayar online ye... Sebab semua pembayaran bil encik suami yang uruskan. So, Fiza tak share la kat sini bagaimana nak bayar bil di laman JBALB. In Shaa Allah, kalau Fiza bayar secara online nanti Fiza update di blog okeh!

Kesimpulan

Hakikatnya... Pada Fiza, lagi mudah bila guna online. Tapi, tak semua orang celik IT. Nak atau tak, sistem lama kena jugak diteruskan terutamanya untuk kawasan-kawasan terpencil yang takde liputan capaian internet. Cuma tula, nak hantar dari rumah ke rumah tu ambik masa yang lama kalau takde staff yang ramai. Kan?

Apa-apa pun, Semoga bermanfaat.

Korang pulak bagaimana? Check bil air atau elektrik secara online jugak dah ke?