Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

DRAMA BUKAN CINTA SEMPURNA, SINOPSIS DAN PELAKON ASTRO RIA 104 | Just nak update pada yang minat slot Tiara, ada drama terbaru jam 6 petang... Setiap Isnin hingga Jumaat yang berjudul 'Bukan Cinta Sempurna' adaptasi daripada siri 'Cafe Con Aroma' dah mula disiarkan pada 31 Julai 2023. Then, kalau tak sempat layan... Boleh strim di Astro GO. Okeh!

So, berikut ringkasan maklumat tentang drama tersebut :-

Episod : 50
Tarikh Tayangan : 31 Julai 2023
Waktu Tayangan : Isnin – Jumaat, 6 petang
Rangkaian : Astro Ria / Astro GO
Pengarah : Azri Izhar & MP Roslin MD Sharif
Produksi : Global Station Sdn Bhd

Drama jam 6 astro ria 104

Watak Pelakon

Selain itu, untuk barisan pelakon atau cast dan watak yang mereka pegang dalam drama tersebut adalah seperti berikut :-
  1. Ayda Jebat sebagai Qistina
  2. Fadlan Hazim sebagai Luqman
  3. Amar Baharin sebagai Ziyan
  4. Shah Iskandar sebagai Aniq
  5. Hanna Aqeela sebagai Amanda
  6. Neera Azizi sebagai Marina
  7. Emelda Rosemila sebagai Herni
  8. Ziela Jalil sebagai Sahara
  9. Husna Mustaffa sebagai Hajar
  10. Helmy RJ Hamdan sebagai Abu
  11. Alif Hadi sebagai Benjamin
  12. Qistina Khaled sebagai Diana
  13. Saidah Kamarudin sebagai Nadia 
  14. Nick Naim sebagai Omar
  15. Yasmin Hani sebagai Aleetha
  16. Raja Shah Rezza sebagai Tuan Budi
  17. Syahir Shafein sebagai Badrul
  18. Danial Dashuki
  19. Adam Malek
  20. Azlan Mokhtar

Sinopsis Bukan Cinta Sempurna

Drama ini mengisahkan tentang Qistina, pekerja ladang yang berhadapan dengan pelbagai cabaran bersama ibunya setelah dia jatuh cinta dengan Luqman, anak kepada Tuan Budi, pemilik ladang tersebut. 

Namun percintaan mereka dipenuhi onak duri lantaran kematian Tuan Budi apabila hubungan mereka dihujani fitnah oleh Aniq dan keluarga Luqman. 

Nasib Qistina menjadi lebih tragis apabila dia ditinggalkan dalam keadaan hamil oleh Luqman yang sudah terkesan dengan fitnah, memaksa Qistina untuk keluar dan membina kehidupan sendiri. 

Selamat menonton semua.

#slottiara
#bukancintasempurna