Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
DRAMA RAJUK KARINA, SINOPSIS DAN PELAKON TV3 | Just nak update pasal drama terbaru yang menggantikan drama tentang hati dia iaitu berjudul rajuk Karina. Ia merupakan drama yang diadaptasikan daripada novel karya Sufea Hareez. Actually, dah start ditayangkan dah pun, pada 10 Ogos 2023, pukul 7:00 malam di slot Akasia TV3 dan setiap Isnin hingga Khamis. Kalau tak sempat layan on time, boleh strim di tonton.com.my ye. Drama ini akan bersiaran selama 28 episod.
Saiful (Nazim Othman) pula adalah seorang pengajar di Kolej Kart’s yang merupakan milik keluarga Karina. Saiful sudah lama tertarik dengan Karina. Status mereka yang sejauh langit dan bumi itu membuatkan Saiful tercabar untuk memulakan langkah berkenalan dengan Karina.
Pada awalnya, Karina tidak menerima Saiful tetapi Saiful berjaya memikat hati Karina atas kesungguhannya. Tambahan pula, Karina kecewa dengan keputusan Mizan yang menolak cadangan Opah untuk menikahi Karina. Jadi, Karina tekad menerima lamaran Saiful dan melupakan tentang perasaannya terhadap Mizan.
Kehidupannya selepas bernikah dengan Saiful tidak seindah yang disangkakan. Sikap Saiful dan ibu mertuanya yang kejam dan menggunakan hartanya untuk berbelanja membuat Karina derita dan merindukan kehidupan asalnya. Kehadiran orang ketiga yang merancangkan kejatuhan rumahtangga Karina kemudian membuatkan dia tekad untuk bangkit melawan nasibnya.
Dapatkah Karina mempertahankan rumah tangganya? Bolehkah dia bangkit semula dan cari kebahagiaan yang diimpikan?
“There's no love for her. Maaf, Mizan takkan kahwin dengan Karina." – Mizan
Penolakan Mizan atas cadangan opahnya buat Karina kecil hati. Ya, dia tahu mereka sepupu tapi, masih sah nikah. Lantas, hati cuba dialihkan pada Saiful. Karina yakin Saiful adalah jodohnya. Dia terima Saiful tanpa syarat. Tapi, Saiful pula main kayu tiga.
“I izinkan you kahwin dengan Anum tapi dengan syarat, ceraikan I.” - Karina
Diceraikan ketika sarat mengandung buatkan Karina nanar. Namun, dia perlu kuat demi Batrisya. Dan dia bernasib baik kerana masih ada Mizan di sampingnya.
“Abang sayang Kar.” - Mizan.
Sayang yang Mizan lafazkan bukan sayang adik-abang macam dulu lagi. Tapi sayang itu sudah berubah rentak. Namun kali ini, Karina lebih hati-hati.
“Susah-susah sangat, Mizan bawa Kar ke Siam. Nikah kat sana.” - Mizan
“Ingat sikit, belum kahwin lagi. Jangan suka-suka redah bilik Kar.” – Opah
Mereka bersatu juga walau banyak rintangan yang terbentang. Hidup sebumbung, baru Mizan tahu ‘nakal’ dan ‘manja’ seorang Karina.
“Abang tidur pakai kain pelekat dan baju pagoda jer? Comel. Old school sangat!” – Karina.
“Kar tak nak pergi sekolah! Nak sambung tidur. Nak duduk dalam kain abang semula.” – Karina.
“Kalau Kar budak sekolah, boleh je abang pontengkan. Tapi isteri abang ni cikgu, mana boleh suka-suka tak nak pergi sekolah.” - Mizan
Bahagia mereka, rahsia yang tak perlu dikongsi dengan sesiapa. Namun, Tuhan masih mahu menguji.
“Kau tahu tak suami kau rogol aku! Dia rogol aku!”- Anum
“Kalau kau buat semua ni untuk dapatkan duit aku, jangan harap kau akan dapat. Dan jangan harap kali ni kau boleh dapat suami aku! Pandang suami aku pun kau tak layak!” - Karina
“Anum, you’re just wasting your time. Hentikan angan-angan kau nak rampas suami Karina.” - Saiful
Apa akan jadi bila Anum nekad dengan kegilaannya? Kali pertama, dia berjaya rampas Saiful dari Karina. Adakah dia juga akan berjaya rampas Mizan?
Selamat Pagi.
DRAMA RAJUK KARINA, SINOPSIS DAN PELAKON TV3 | Just nak update pasal drama terbaru yang menggantikan drama tentang hati dia iaitu berjudul rajuk Karina. Ia merupakan drama yang diadaptasikan daripada novel karya Sufea Hareez. Actually, dah start ditayangkan dah pun, pada 10 Ogos 2023, pukul 7:00 malam di slot Akasia TV3 dan setiap Isnin hingga Khamis. Kalau tak sempat layan on time, boleh strim di tonton.com.my ye. Drama ini akan bersiaran selama 28 episod.
WATAK PELAKON
Kemudian, antara barisan pelakon/cast dan watak yang mereka pegang dalam drama ini adalah seperti berikut :-- Siti Hariesa sebagai Karina
- Yusuf Bahrin sebagai Mizan
- Nazim Othman sebagai Saiful
- Puteri Aisyah sebagai Anum
- Eryna Nur Syifaa sebagai Batrisya
- Anne Abdullah sebagai Asmah
- Zainol Ismail sebagai Pak Mud
- Sera Melissa sebagai Syakila
- Fara Nadiah sebagai Shidah
- Rahim Omar sebagai Dato Kahar
- Ainina Ahmad sebagai Milah
- Haidar Hasanudin sebagai Daniel dan
- Neera Azizi sebagai Balqish
SINOPSIS RAJUK KARINA
Drama ini mengisahkan tentang Karina (Siti Hariesa) dan Mizan (Yusuf Bahrin) adalah sepupu dan mereka tidak pernah berenggang. Begitu juga hubungan keluarga besar mereka seolah-olah tiada batas dua keluarga. Mizan juga melayan Karina seperti adik sendiri dan boleh dilihat kasih sayangnya pada Karina melebihi adik kandungnya. Namun, penerimaan Karina terhadap layanan Mizan itu tidak sama dengan apa yang dirasai oleh Mizan.Saiful (Nazim Othman) pula adalah seorang pengajar di Kolej Kart’s yang merupakan milik keluarga Karina. Saiful sudah lama tertarik dengan Karina. Status mereka yang sejauh langit dan bumi itu membuatkan Saiful tercabar untuk memulakan langkah berkenalan dengan Karina.
Pada awalnya, Karina tidak menerima Saiful tetapi Saiful berjaya memikat hati Karina atas kesungguhannya. Tambahan pula, Karina kecewa dengan keputusan Mizan yang menolak cadangan Opah untuk menikahi Karina. Jadi, Karina tekad menerima lamaran Saiful dan melupakan tentang perasaannya terhadap Mizan.
Kehidupannya selepas bernikah dengan Saiful tidak seindah yang disangkakan. Sikap Saiful dan ibu mertuanya yang kejam dan menggunakan hartanya untuk berbelanja membuat Karina derita dan merindukan kehidupan asalnya. Kehadiran orang ketiga yang merancangkan kejatuhan rumahtangga Karina kemudian membuatkan dia tekad untuk bangkit melawan nasibnya.
Dapatkah Karina mempertahankan rumah tangganya? Bolehkah dia bangkit semula dan cari kebahagiaan yang diimpikan?
SINOPSIS DARI NOVEL RAJUK KARINA
Last sekali, keseluruhan sinopsis daripada novel pulak. Di mana...“There's no love for her. Maaf, Mizan takkan kahwin dengan Karina." – Mizan
Penolakan Mizan atas cadangan opahnya buat Karina kecil hati. Ya, dia tahu mereka sepupu tapi, masih sah nikah. Lantas, hati cuba dialihkan pada Saiful. Karina yakin Saiful adalah jodohnya. Dia terima Saiful tanpa syarat. Tapi, Saiful pula main kayu tiga.
“I izinkan you kahwin dengan Anum tapi dengan syarat, ceraikan I.” - Karina
Diceraikan ketika sarat mengandung buatkan Karina nanar. Namun, dia perlu kuat demi Batrisya. Dan dia bernasib baik kerana masih ada Mizan di sampingnya.
“Abang sayang Kar.” - Mizan.
Sayang yang Mizan lafazkan bukan sayang adik-abang macam dulu lagi. Tapi sayang itu sudah berubah rentak. Namun kali ini, Karina lebih hati-hati.
“Susah-susah sangat, Mizan bawa Kar ke Siam. Nikah kat sana.” - Mizan
“Ingat sikit, belum kahwin lagi. Jangan suka-suka redah bilik Kar.” – Opah
Mereka bersatu juga walau banyak rintangan yang terbentang. Hidup sebumbung, baru Mizan tahu ‘nakal’ dan ‘manja’ seorang Karina.
“Abang tidur pakai kain pelekat dan baju pagoda jer? Comel. Old school sangat!” – Karina.
“Kar tak nak pergi sekolah! Nak sambung tidur. Nak duduk dalam kain abang semula.” – Karina.
“Kalau Kar budak sekolah, boleh je abang pontengkan. Tapi isteri abang ni cikgu, mana boleh suka-suka tak nak pergi sekolah.” - Mizan
Bahagia mereka, rahsia yang tak perlu dikongsi dengan sesiapa. Namun, Tuhan masih mahu menguji.
“Kau tahu tak suami kau rogol aku! Dia rogol aku!”- Anum
“Kalau kau buat semua ni untuk dapatkan duit aku, jangan harap kau akan dapat. Dan jangan harap kali ni kau boleh dapat suami aku! Pandang suami aku pun kau tak layak!” - Karina
“Anum, you’re just wasting your time. Hentikan angan-angan kau nak rampas suami Karina.” - Saiful
Apa akan jadi bila Anum nekad dengan kegilaannya? Kali pertama, dia berjaya rampas Saiful dari Karina. Adakah dia juga akan berjaya rampas Mizan?
**********************
Nota Kaki | Drama melayu sekarang tak sah kalau takde orang ketiga dalam hubungan, then mesti mengisahkan tentang kehidupan anak orang kaya. That why, jarang dah layan drama melayu... Kecuali drama tu trending, baru layan. ☺
#dramatv3
#dramasangat
#rajukkarina
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.